Sekilas
- Datin Seri Zizie Izette memohon orang ramai jangan anggap dia sombong jika tidak menyapa kerana masalah penglihatan yang teruk.
- Dia berkongsi pengalaman tersilap menegur orang asing akibat sukar mengecam wajah tanpa memakai cermin mata.
- Zizie kini memilih untuk menunggu orang lain memulakan sapaan dahulu bagi mengelakkan kekeliruan.
Pelakon, Datin Seri Zizie Izette memohon orang ramai agar tidak menggangap dirinya sebagai seorang yang sombong.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zizie berkongsi bahawa dia mempunyai penglihatan yang agak teruk, sekali gus menyukarkan dirinya untuk mengecam wajah orang di sekelilingnya.
“Kalau awak nampak saya kat luar dan tak cakap hi, tolong jangan anggap saya ini berlagak. Sejujurnya, saya mempunyai penglihatan yang agak teruk dan saya tidak mahu memakai spek mata,”tulisnya
Katanya lagi, dia juga pernah mempunyai pengalaman tersilap menegur orang yang tidak dikenali sehingga membuatkan dia berasa malu dengan situasi tersebut.
“Saya dah puas memalukan diri sendiri sebab sudah banyak kali saya lambai dekat strangers kerana ingatkan mereka kawan saya. Jadi, saya dah belajar dari kesilapan,”ujarnya.
Susulan dari kejadian itu, Zizie kini lebih memilih untuk orang lain yang memulakan langkah terlebih dahulu.
“Kalau kita terjumpa dalam satu bilik, saya akan tunggu awak untuk cakap hi dahulu. Bukan sebab saya sombong, tetapi sebab kemungkinan 50 peratus sebenarnya saya tak tahu siapa yang sedang saya melihat,”kongsinya.