Skip to main content

Hiburan

“Yang Penting, Saya Tak Kayu” - Faye Kusairi ‘Promote’ Diri Untuk Dapatkan Tawaran Berlakon, Janji Tak Akan Demand & Sentiasa Jaga Disiplin

ASTROGEMPAK Faye Kusairi

Sekilas

  • Pelakon Faye Kusairi menggunakan platform Threads untuk mempromosikan diri dan mencari tawaran berlakon dalam naskhah berkualiti.
  • Faye mengakui dia komited dalam kerja lakonan tetapi kurang popular kerana bilangan pengikut media sosial yang sedikit.
  • Dia menegaskan dirinya sentiasa bersedia dan tidak pernah menuntut, serta yakin masih mempunyai kualiti sebagai pelakon.

Pelakon Faye Kusairi mencuba nasib dengan mempromosikan dirinya menerusi Threads untuk mendapatkan tawaran berlakon dalam sebuah naskhah yang berkualiti. 

 

Menurut Faye, dia adalah seorang pelakon yang sangat komited terhadap kerja, namun mengakui kelemahannya adalah tidak memiliki jumlah pengikut media sosial yang ramai seperti selebriti lain. 

 

“Selagi aku tak merajuk, tolonglah hire aku untuk watak dan naskhah yang baik. Saya tak pernah lambat, sentiasa tepati masa. Saya sentiasa bersedia mengikut skrip dan keperluan watak.

 

“Dan saya sememangnya tidak pernah menuntut. Satu-satunya kelemahan saya ialah saya tidak popular atau terkenal dengan pengikut yang sangat ramai. 

 

“Yang saya tahu ia membuatkan saya tidak relevan pada masa kini,” kongsinya menerusi Threads. 

 

Dalam pada itu, Faye turut berseloroh mengenai kemampuan lakonannya sambil menyifatkan dirinya masih mempunyai kualiti sebagai seorang pelakon.

 

“Yang penting, I tahu I tak kayu,” ujarnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement