Sekilas
- Razzi Razak berkongsi perasaan sedih selepas perceraiannya dengan Norreen Iman minggu lalu menerusi hantaran di Threads.
- Razzi mengakui sukar mencari pengganti sebaik Norreen dan menegaskan hidup perlu diteruskan walaupun sakit.
- Norreen dan Razzi berkahwin sejak 2011 dan dikurniakan dua anak, Ellen dan Eshan, sebelum sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Bekas suami kepada pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman iaitu Razzi Razak menyorot perhatian menerusi satu hantaran yang dibuat di Threads.
Menerusi ciapan yang dibuat, Razzi seakan memberi bayangan bahawa perceraiannya bersama Norreen yang berlaku minggu lalu sebagai satu fasa menyedihkan yang berlaku dalam kehidupannya.
“Walau sakit terpaksa dilepaskan. Hidup mesti diteruskan. Sukar jumpa pengganti baik seperti dia,” tulisnya ringkas.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak selain mendoakan yang terbaik buat Razzi.
Terdahulu, Norreen dan Razzi sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.
Sebelum ini, Norreen turut menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram yang menyentuh soal berbuat baik sesama manusia selain berbalas ucapan penghargaan bersama bekas suaminya itu di ruangan komen.
Untuk rekod, Norreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ellen dan Eshan.
Sumber: Threads