Skip to main content

Hiburan

Video Aedy Ashraf Jaga Anak Penonton Tarung: Unforgiven Di Luar Pawagam Tular, Ramai Peminat Wanita Usik - “Tepi Dik, Kakak Pula!”

Astro Gempak 488

Sekilas

  • Video Aedy Ashraf menjaga seorang kanak-kanak di luar pawagam ketika menonton filem Tarung: Unforgiven tular di media sosial.
  • Netizen terhibur dengan aksi Aedy dan ramai yang berseloroh mahu dijaga olehnya juga.
  • Filem Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid terus mencipta fenomena dengan kutipan memberangsangkan sejak tayangan 7 Mei lalu.

Perkongsian video oleh pengarah Razaisyam Rashid yang memaparkan pelakon dan penerbit filem Tarung: Unforgiven, Aedy Ashraf menjaga seorang kanak-kanak ketika ibu bapanya menonton filem tersebut mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian dalam Threads, video tersebut menunjukkan Aedy mengusap kepala kanak-kanak berkenaan sambil menemaninya di luar pawagam.

 

@razaisyamrashid

Suruh dia jaga je

♬ Anak Lelakiku - Irfan Hakim

 “Pergi tengok Tarung, suruh Aedy jaga anak,” tulis Razaisyam pada video tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur selain berseloroh mahu ‘dijaga’ oleh Aedy juga.

“Tepi dik, kakak pula,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Baby umur 28 tahun, Aedy boleh babysit juga tak? Asking for a friend,” seloroh netizen lain.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen lucu berkaitan pelakon tersebut.

“Dia boleh usap kepala budak umur 27 tahun tak?” tulis seorang pengguna.

“Saya tak ada suami, tak ada anak. Jadi Aedy boleh jaga saya sambil teman tengok Tarung. Mekasih,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, filem Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan memberangsangkan sejak ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei lalu.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu turut dibintangi Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement