Skip to main content

Viral

"Tidak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang" - Aslam Kongsi Pesanan Penuh Makna Di IG Story, Undang Pelbagai Tafsiran

ASTRO GEMPAK aslam

Sekilas

  • Aslam berkongsi foto sejambak bunga di Instagram Story dengan kata-kata penuh makna yang mengundang pelbagai tafsiran pengikut.
  • Perkongsian itu dibuat selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan lafaz cerai Aslam terhadap Marissa Dania pada 22 Mei lalu.
  • Aslam berharap orang ramai berhenti mengecam dirinya dan bekas isteri demi kebaikan keluarga kedua-dua pihak.

Perkongsian terbaharu pempengaruh Aslam di Instagram Story mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto sejambak bunga bersama kata-kata yang sarat dengan makna.

Menerusi hantaran tersebut, Aslam menulis:

"Ada yang menilai terlepasnya sangkar, namun tidak pernah tahu mengapa burung memilih terbang. Cukuplah mengisi bekal untuk hari esok, bukan mencari cela di halaman orang."

Walaupun tidak menjelaskan maksud sebenar di sebalik perkongsian itu, hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut yang membuat tafsiran masing-masing.

Perkongsian tersebut hadir tidak lama selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Aslam terhadap Marissa Dania pada 22 Mei lalu adalah sah, sekali gus menamatkan perkahwinan pasangan itu. Sebelum ini, kedua-duanya berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Dalam temu bual bersama Gempak selepas prosiding mahkamah, Aslam mengakui reda dengan ketentuan yang berlaku selain berharap orang ramai menghentikan kecaman terhadap dirinya serta bekas isteri.

"Saya harap netizen berhenti berkata buruk kerana ia turut memberi kesan kepada keluarga kedua-dua belah pihak," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement