Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Alami Masalah Asma Kronik, Jamilul Hayat Kongsi Perkembangan Kesihatan, Syukur Kini Bebas Inhaler - “Tongkat Pun Tak Perlu Pakai Lagi”

Astro Gempak 491

Sekilas

  • Penyanyi veteran Jamilul Hayat kini semakin sihat dan tidak lagi bergantung kepada inhaler selepas lama menghadapi masalah asma kronik.
  • Beliau juga sudah tidak perlu menggunakan tongkat untuk bergerak selepas menggunakannya selama dua tahun.
  • Perkembangan positif ini dikongsi melalui video oleh Datuk Aznil Nawawi yang turut bersyukur dengan perubahan kesihatan Jamilul selepas mengamalkan produk kesihatan tertentu.

Penyanyi veteran Jamilul Hayat berkongsi perkembangan positif tahap kesihatannya yang kini dilihat semakin baik selepas sekian lama berdepan masalah asma.

Menerusi perkongsian video dimuat naik pengacara program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) Datuk Aznil Nawawi , Jamilul atau nama sebenarnya Hayat Abdillah Mohd. Ali, 65, mengakui dia kini tidak lagi bergantung kepada inhaler.

fv

“Alhamdulillah dah tak ada rasa penat, sesak nafas pun dah tak ada lagi. Dah tak pakai inhaler lagi.

“Rasanya dah dua minggu tak pakai. Sebelum ini setiap dua jam mesti kena pakai,” katanya.

Menurutnya, keadaan kesihatannya kini semakin baik apabila dada terasa lebih lapang selain kembali aktif seperti biasa.

“Sekarang ni Alhamdulillah dada rasa lapang, kembali normal dan sihat walafiat,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Jamilul turut berkongsi dia kini tidak lagi memerlukan tongkat untuk bergerak selepas menggunakannya selama dua tahun.

“Tongkat pun dah tertinggal. Tak perlu pakai tongkat lagi.

“Saya nak bangun pun senang, sudah tidak terhegeh-hegeh lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Aznil atau mesra disapa Pak Nil turut meluahkan rasa syukur melihat perubahan kesihatan penyanyi tersebut selepas mengamalkan satu produk kesihatan.

“Ini dah minggu keenam. Pak Nil tengok satu perubahan yang sangat luar biasa pada Pak Hayat.

“Inilah aturan Allah untuk TTMM, saya dapat bersama Pak Jamilul Hayat,” katanya.

Untuk rekod, Jamilul Hayat sebelum ini berdepan masalah asma kronik sehingga terpaksa bergantung kepada inhaler selain menggunakan tongkat bagi membantu pergerakan hariannya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

10 pcs Bundle Pack 3D Fish Mouth Duckbill Face Mask Disposable Earloop 4ply Mask (Non-Medical Mask)

10 pcs Bundle Pack 3D Fish Mouth Duckbill Face Mask Disposable Earloop 4ply Mask (Non-Medical Mask)

Kinohimitsu Wellsure 850g - 1/2 /3 Cans *Minuman Protein Tumbuhan Seharian*

Kinohimitsu Wellsure 850g - 1/2 /3 Cans *Minuman Protein Tumbuhan Seharian*

https://cf.shopee.com.my/file/my-11134207-820l4-mdvhrbv2ivwgbc

N8 Refuel Energy Gel (1 packet 50g/40ml) Halal-Apple| Mango| Berry| Orange| Lychee|Lime|Pineapple - Gel Tenaga

N8 Refuel Energy Gel (1 packet 50g/40ml) Halal-Apple| Mango| Berry| Orange| Lychee|Lime|Pineapple - Gel Tenaga

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

KITSUI Whitie Snow | 17's x 15g - Minuman Beri Probiotik + Niacinamide Menyokong Kesihatan Kulit & Pencernaan

KITSUI Whitie Snow | 17's x 15g - Minuman Beri Probiotik + Niacinamide Menyokong Kesihatan Kulit & Pencernaan

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

Must Watch Video

Advertisement