Skip to main content

Gaya Hidup

Siap Lenyek… Individu Dakwa Pasangan Suami Isteri Buang Kepala Udang Ketika Beli-Belah Di Pasar Raya - “Katanya Tak Makan…”

Udang

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman pelik melihat pasangan suami isteri mencabut kepala udang di pasar raya sebelum memasukkannya ke dalam plastik.
  • Pasangan tersebut didakwa meninggalkan kepala udang yang dicabut itu di dalam bekas jualan tanpa menghiraukannya.
  • Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap tindakan pasangan itu tidak jujur dan tidak sopan.

Seorang pengguna Threads mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman pelik yang berlaku sewaktu dirinya sedang membeli-belah di sebuah pasar raya.

Dakwa individu tersebut, dia terlihat pasangan yang dipercayai suami isteri mencabut kepala udang sebelum memasukkannya ke dalam plastik ketika sedang membeli beberapa ekor haiwan laut tersebut.

Lebih menggeramkan apabila pasangan itu kemudiannya didakwa pula bertindak meninggalkan kepala-kepala udang tersebut di dalam bekas jualan begitu sahaja.

“Pergi ke supermarket nak beli udang, sekali tengok sepasang suami isteri ni gigih cabut kepala udang kat situ sebelum masuk plastik.

“Katanya tak makan kepala udang, siap lenyek dan tinggalkan kepala udang tu pula kat dalam (bekas) tu,” kongsinya.

Perkongsian tersebut kemudian meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menganggap tindakan itu sebagai tidak jujur dan tidak sopan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

MutiBox Round Rotatable Round Food Storage Container Box 1 2 3 5 6 9 Layer Durable PP PET Material

MutiBox Round Rotatable Round Food Storage Container Box 1 2 3 5 6 9 Layer Durable PP PET Material

Must Watch Video

Advertisement