Skip to main content

Hiburan

Puji Sikap Sederhana Bella Astillah, Ibu Syed Saddiq Gembira Anak Temui Bahagia - “Dia Tak Pernah Mengharapkan…”

Astrogempak Syed Saddiq (7)

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa syukur dan gembira apabila melihat anaknya kini menemui pasangan hidup.

Menurutnya, sebagai seorang ibu, kebahagiaan anak adalah perkara paling utama, apatah lagi apabila melihat hubungan tersebut menuju ke arah yang lebih serius.

"Alhamdulillah, amat mengembirakan sebagai seorang ibu, dia sudah menemui pasangannya. Mudah-mudahan kita doa sama-sama semoga cita-cita mereka tercapai untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Sebagai ibu perasaan ini gembira bila anak gembira,” katanya kepada Gempak. 

Namun begitu, Sharifah Mahani tidak menafikan pada awalnya timbul rasa bimbang memandangkan perbezaan latar belakang antara anaknya dan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah.

"Sebenarnya saya rasa gundah, risau kerana Bella seorang artis dan Saddiq seorang ahli politik takut tiada persefahaman tapi alhamdulillah selepas setahun perkenalan mereka, mereka dapat kenal antara satu sama lain dan menyesuaikan diri, itu adalah satu amat bermakna. 

"Sebab tu kata setiap perkenalan itu membawa kepada kebahagiaan," ujarnya. 

Dalam masa yang sama, Sharifah Mahani turut memuji sikap sederhana yang dimiliki oleh Bella, yang disifatkan tidak meletakkan harapan tinggi dari segi material dalam hubungan tersebut.

"Pada saya dia (Bella) seorang yang sederhana, dia tak pernah mengharap satu perkara yang hebat daripada Saddiq. Kerana Saddiq bukan yang boleh berikan satu kekayaan kepada dia, Saddiq seorang yang sederhana tapi bila Bella boleh menerima itu adalah satu perkara yang amat mengembirakan," tambahnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis penuh sederhana yang dihadiri sahabat baik dan keluarga terdekat. 

Bella yang juga seorang penyanyi tampil anggun dengan menggayakan busana berwarna sage green  rekaan Atelia Amani.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

Must Watch Video

Advertisement