Skip to main content

Kpop

Peminat Tak Sangka Jumpa Doyoung & Junghwan TREASURE Berjalan Di Bukit Bintang - “Santai Betul Ni, Dah Macam Lokal Siap Pakai Selipar Je”

Treasure di Bukit Bintang

Sekilas

  • Dua anggota K-Pop TREASURE, Doyoung dan So Junghwan, dilihat santai berjalan di Bukit Bintang selepas konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur.
  • Penampilan mereka yang casual dengan pakaian santai membuatkan mereka nampak seperti ‘orang lokal’ dan mencuri perhatian peminat di lokasi tersebut.
  • Ramai peminat teruja dan berharap lebih ahli TREASURE dapat menikmati masa mereka di Malaysia sambil meneroka tarikan sekitar ibu negara.

Siapa sangka sedang sibuk berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang, tiba-tiba ada yang terserempak pula dengan dua anggota K-Pop kumpulan terkenal TREASURE iaitu Doyoung dan So Junghwan.

Momen itu ternyata mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang kebetulan berada di lokasi berkenaan.

Menerusi beberapa perkongsian yang tular di media sosial, rata-rata peminat menyatakan rasa terkejut dan tidak menyangka figura popular itu kelihatan begitu santai berjalan dan meluangkan masa di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur selepas menjayakan konsert jelajah mereka di Malaysia baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, mereka juga mengatakan kedua-dua idola K-Pop itu sudah kelihatan seperti ‘orang lokal’ kerana gaya mereka yang memakai pakaian santai, berseluar pendek, jeans dan berselipar disifatkan sebagai terlalu selesa.

Bagaimana pun ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana baru sahaja meninggalkan kawasan berkenaan sebelum kemunculan Doyoung dan Junghwan.

Manakala sebahagian lagi menganggap individu yang berjaya bertemu mereka sebagai sangat bertuah.

Antara komen yang diterima adalah:


 

TREASURE sebelum ini telah mengadakan konsert jelajah 2025-26 TREASURE TOUR [PULSE ON] di Kuala Lumpur pada 30 Mei lalu yang menjadi penutup rasmi siri jelajah mereka di Asia.

Sebelum ini, TREASURE dilihat meluangkan masa di sekitar ibu negara, apabila beberapa ahli kumpulan itu pernah dilaporkan berjalan-jalan di kawasan sekitar KLCC, Bukit Bintang serta pusat membeli-belah Lotus.

Susulan kemunculan Doyoung dan Junghwan kali ini, ramai peminat berharap lebih banyak anggota TREASURE dapat menikmati masa mereka di Malaysia sambil merasai sendiri suasana dan tarikan sekitar Kuala Lumpur.

Kredit foto: Threads @kim_ddoyoung / @prvtqOst

Anda mungkin berminat dengan

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Must Watch Video

Advertisement