Skip to main content

Hiburan

Gaya Pengacaraan Di Majlis Tunang BellaSyedYes Dipersoal, Ini Respons Haziq Hussni - “Bila Masa Saya Menjerit Ya?”

ASTROGEMPAK Haziq Hussni

Sekilas

  • Seorang individu di Threads mempersoalkan cara pengacara Era FM, Haziq Hussni, yang didakwa meninggikan suara semasa majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq.
  • Haziq membalas dengan meminta penjelasan lanjut dan individu tersebut menjelaskan ia merujuk kepada pengumuman tertentu yang dianggap kurang sesuai dengan suasana majlis intim.
  • Wargamaya pula memuji cara Haziq mengacara yang meriah dan tidak terlalu menekan suasana seperti yang didakwa.

Hantaran seorang individu di Threads yang kurang senang dengan cara pengacara dan penyampai radio Era FM, Haziq Hussni mengendali majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq raih perhatian. 

 

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mempersoalkan tindakan Haziq yang didakwa meninggikan suara ketika majlis berlangsung, yang dianggap kurang sesuai dengan suasana majlis yang lebih intim.

 

Bagaimanapun, Haziq tampil membalas hantaran itu dengan meminta penjelasan lanjut mengenai dakwaan tersebut.

 

“Salam bro, saja la bertanya. Semua post orang awak masuk cakap emcee terjerit-jerit ni. Bila masa saya menjerit ya?” balas Haziq. 

 

Menjawab pertanyaan itu, individu tersebut menjelaskan ia merujuk kepada satu momen tertentu ketika pengumuman dibuat.

 

“Masa sebut kereta tu. Macam off-vibes kejap… ya faham tu sponsor tapi the way of announcement tu. Tak apa benda pun dah settle.

 

“Mungkin untuk seterusnya kalau majlis intimate macam itu kan, just my 2cents. Saya banyak kali pergi event yang En. Haziq jadi emcee, ok saja cume kali ni rasa mcm certain part memang agak menekan intonasinya… maaf kalau taj setuju,” balasnya. 

 

Bagaimanapun, rata-rata wargamaya di ruang komen memuji cara Haziq mengacara majlis tersebut yang dilihat meriah bukan lebih intim seperti yang dikatakan. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video

Advertisement