Skip to main content

Hiburan

‘Flex’ Ada Anak Comel & Bijak, Komen Kamal Adli Tentang Hawra Uqaira Buat Ramai Tersenyum - “Cantik Macam Ibu Dia”

Kamal Adli

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli berkongsi rasa bangga mempunyai anak perempuan comel dan bijak, Hawra Uqaira.
  • Kamal memuji kecantikan anaknya yang diwarisi daripada bekas isteri, Uqasha Senrose, dalam ruangan komen sebuah hantaran.
  • Kamal dan Uqasha berkahwin pada November 2021 dan bercerai pada Januari tahun ini, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon Kamal Adli menyorot perhatian ramai apabila meluahkan rasa bangga mempunyai seorang anak yang comel dan bijak seperti Hawra Uqaira.

‘Flex’ itu dikongsi sendiri Kamal menerusi ruangan komen hantaran dibuat seorang individu yang meminta orang ramai untuk berkongsi pencapaian paling dibanggakan dalam hidup.

“Tolong cerita flex paling rare dalam hidup korang. Tapi jangan melebih-lebih pula. Let’s go!” tulisnya.

Apa yang membuatkan lebih menjadi perhatian ramai ialah apabila Kamal berpendapat anaknya itu mendapat kecantikan daripada bekas isteri yang juga pelakon, Uqasha Senrose.

“Dapat anak perempuan yang comel, bijak, happy go lucky, cantik macam ibu dia, nama Hawra Uqaira,” tulis Kamal.

Komen Kamal itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tersentuh dengan cara Kamal yang sentiasa memuji serta menjaga nama baik Uqasha meskipun mereka sudah tidak mempunyai apa-apa lagi ikatan.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Mereka kemudiannya disahkan bercerai pada 12 Januari yang lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement