Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Tak Menang Tangan Jawab DM & Panggilan, Hairan Tiba-Tiba ‘Dikenenkan’ Dengan DSV - “Seganlah Saya Macam Ini…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Fazley Yaakob terkejut namanya menjadi bualan hangat selepas dikaitkan dengan usahawan Datuk Seri Vida di media sosial.
  • Fazley menerima banyak mesej dan panggilan daripada peminat yang ingin tahu tentang gosip perkahwinan tersebut.
  • Perkongsian anak DSV, Cik B, yang bergurau mahu menyatukan Fazley dengan ibunya turut menarik perhatian ramai.

Penyanyi dan cef selebriti, Fazley Yaakob meluahkan rasa hairan apabila namanya menjadi bualan hangat di media sosial selepas ‘dikenenkan’ dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV).

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley berkata dia sendiri tidak mengetahui bagaimana gosip tersebut mula tercetus sehingga membuatkan dirinya menerima pelbagai mesej dan panggilan daripada orang ramai.

“Gais, apa yang berlaku mengenai saya ingin kahwini Datuk Seri Vida.

“Ada juga yang cakap, ‘DSV memenuhi kriteria dengan rupa yang seiras Cina, tidak kurus dan pembersih’,” tulisnya.

Tambah Fazley, sejak perkara itu tular, dia tidak menang tangan melayan pertanyaan daripada peminat dan kenalan yang ingin mendapatkan kepastian mengenai gosip tersebut.

“Saya yang dah tak menang tangan kena jawab DM dan panggilan. Siapa yang mulakan semua ini? Seganlah saya macam ini gais,” ujarnya.

Sebelum ini, perkongsian anak DSV iaitu Cik B turut mencuri perhatian ramai apabila menerima kejutan istimewa daripada Fazley sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi video tersebut, Cik B sempat berseloroh bertanyakan mengenai ciri-ciri wanita idaman Fazley selain bergurau mahu menyatukan penyanyi itu dengan ibunya.

Terdahulu, Fazley pernah berkongsi kriteria pasangan hidup yang diimpikannya termasuk memiliki wajah ‘chinese look’, tidak terlalu kurus serta seorang yang pembersih.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement