Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager 2: Sarimah Ibrahim Puji Keberanian Sheeda Kongsi Perjuangan Kesihatan Mental Secara ‘Live’ - “Saya Tabik Kak, Bukan Ramai Mampu...”

Astro Gempak 498

Sekilas

  • Sarimah Ibrahim memuji keberanian Sheedayang berkongsi perjuangan kesihatan mentalnya secara terbuka dalam siaran langsung Talk To My Manager musim kedua.
  • Sheeda turut berkongsi kisah menantu yang menghidap kanser payudara tahap empat dan kehilangan anak akibat kanser paru-paru tahun lalu.
  • Selain berkongsi cerita, Sheeda juga membuat persembahan bersama peserta TTMM2, Amarra dengan lagu Angkat.

Pengacara televisyen dan pelakon, Sarimah Ibrahim memuji keberanian penyanyi dangdut Sheedayang tampil berkongsi mengenai perjuangan kesihatan mentalnya secara terbuka ketika siaran langsung minggu keenam Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), malam Ahad lalu.

Menerusi satu hantaran dalam Threads, Sarimah menyifatkan Sheeda sebagai individu paling berani pada malam tersebut walaupun bukan bertanding sebagai peserta.

“Orang paling berani malam tadi bagi saya bukan peserta, tetapi Kak Sheeda.

“Dia berkongsi isi hati dan perjuangan kesihatan mentalnya secara terbuka,” tulisnya.

Menurut Sarimah lagi, bukan semua individu mempunyai keberanian untuk mendedahkan perkara peribadi terutama ketika siaran langsung.

“Keberanian untuk membuka cerita sebenar tentang diri dan berkongsi seperti itu, bukan ramai yang mampu lakukan secara langsung kepada seluruh dunia.

“Saya tabik Kak. Bakat awak memang patut diangkat semula sejak lama dahulu,” katanya.

df

Terdahulu ketika di pentas TTMM2, Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi, 62, berkongsi menantu perempuannya kini disahkan menghidap kanser payudara tahap empat.

Penyanyi itu juga mengakui masih berdepan kesedihan selepas kehilangan anaknya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun lalu.

Sementara itu, Sheeda turut tampil membuat persembahan bersama peserta TTMM2, Amarra menerusi lagu Angkat nyanyian asal Mimi Fly.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Must Watch Video

Advertisement