Skip to main content

Viral

Lepas Syarahan Maal Hijrah, Dr Zulkifli Belanja Tetamu Makan Durian Satu Tan - "Inilah Keindahan Ukhuwah Yang Kita Ingin Suburkan"

ASTRO GEMPAK zulkifli durian

Sekilas

  • Dr Zulkifli Hasan mengajak tetamu menikmati durian selepas Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H di Kompleks Islam Putrajaya sebagai cara santai mengeratkan hubungan.
  • Kira-kira satu tan durian dari Batu Kurau, Perak disediakan untuk semua hadirin tanpa mengira pangkat atau latar belakang, termasuk bukan Muslim.
  • Inisiatif ini juga bertujuan menyokong pengusaha durian tempatan yang menghadapi cabaran harga jualan rendah musim ini.

Program keagamaan tidak semestinya berlangsung dalam suasana yang formal sepanjang masa.

Itu pendekatan yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan apabila mengajak para tetamu menikmati durian bersama selepas berlangsungnya Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H di Kompleks Islam Putrajaya.

Lebih menarik, kira-kira satu tan durian dibawa khas untuk dinikmati para hadirin yang hadir ke program tersebut.

Menurut Dr Zulkifli, sesi santai itu diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama tetamu selain memanfaatkan musim durian yang sedang berlangsung ketika ini.

Katanya, program seperti itu memberi ruang kepada orang ramai untuk berinteraksi dalam suasana lebih mesra tanpa mengira latar belakang atau kedudukan masing-masing.

“Daripada ketua pengarah hinggalah kakitangan am, semuanya duduk bersila dan menikmati durian bersama tanpa mengira pangkat atau jawatan.

“Inilah keindahan ukhuwah yang ingin kita suburkan dalam setiap program,” katanya.

Beliau berkata, durian yang dihidangkan kepada tetamu dibawa khas dari Batu Kurau, Perak yang terkenal sebagai antara lokasi pengeluaran durian berkualiti di negara ini.

Menurutnya, suasana menjadi lebih meriah apabila tetamu daripada pelbagai latar belakang termasuk bukan Muslim turut sama menikmati hidangan tersebut.

 

 

Dalam masa sama, Dr Zulkifli berkata inisiatif tersebut turut menjadi salah satu cara menyokong pengusaha dusun dan peniaga durian tempatan yang berdepan cabaran harga jualan yang lebih rendah pada musim kali ini.

“Alhamdulillah, hari ini kita bukan sahaja memperoleh ilmu daripada tokoh antarabangsa sempena Maal Hijrah, tetapi turut dapat berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim melalui hidangan raja buah bersama-sama,” katanya.

Perkongsian itu turut mencuri perhatian warga maya yang menyifatkan pendekatan berkenaan sebagai sesuatu yang santai dan dekat dengan masyarakat, selain memperlihatkan sisi berbeza penganjuran program berteraskan agama.

Anda mungkin berminat dengan

McJoden - PRINCESS (3Layers) Tutu Tulle Skirts Elastic High Waist Long Skirt Women's Tutu Maxi Pleated Skirt

McJoden - PRINCESS (3Layers) Tutu Tulle Skirts Elastic High Waist Long Skirt Women's Tutu Maxi Pleated Skirt

Local Stock!! Beauty Back Bra Push Up Women Thin Section Small Chest Gathering Simple No Steel Ring Underwear

Local Stock!! Beauty Back Bra Push Up Women Thin Section Small Chest Gathering Simple No Steel Ring Underwear

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

JDT Vneck Slashed

JDT Vneck Slashed

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Seluar Jeans Lelaki Slim Fit Kain Bergetah Lambut Pakain Selasa Men's Slim Fit Jeans Super Streachable Size (28-40)

Seluar Jeans Lelaki Slim Fit Kain Bergetah Lambut Pakain Selasa Men's Slim Fit Jeans Super Streachable Size (28-40)

Must Watch Video

Advertisement