Skip to main content

Selebriti

Gemar Kemas Rumah, Faizal Hussien Anggap Tukar Cadar Tugas Lelaki - “Pada Saya, Itu Menunjukkan Rasa…”

WhatsApp Image 2026 03 17 at 6.53.02 AM

Sekilas

  • Faizal Hussein berkongsi bahawa dia yang selalu menukar cadar katil di rumah kerana tilam sekarang lebih berat dan bukan kerja wanita sahaja.
  • Pelakon itu juga gemar melakukan kerja rumah seperti mencuci dan vakum sebagai tanda kasih sayang kepada isteri.
  • Faizal telah berkahwin dengan Suhaila sejak 2004 dan mereka dikurniakan dua anak, Fazryn dan Fazrick.

Pelakon, Faizal Hussein berkongsi bahawa sehingga kini dia tidak pernah membiarkan isterinya menukar cadar katil, sebaliknya tanggungjawab itu dilakukan sendiri olehnya.

Menerusi temu bual bersama sebuah program televisyen tempatan, Faizal berkata perkara tersebut sepatutnya dilakukan oleh golongan lelaki kerana katil dan tilam pada masa kini lebih berat berbanding dahulu.

"Sampai ke hari ini, isteri saya tak pernah tukar cadar sekali pun. Saya yang tukarkan.

"Kalau dulu itu seharusnya menjadi kerja wanita tetapi ketika zaman orang ramai menggunakan tilam spring, tebal dan berat. Itu bukan lagi kerja seorang wanita. Itu kerja seorang lelaki," katanya.

Bukan itu sahaja, aktor filem KL Menjerit itu turut mengakui dia gemar melakukan kerja rumah sebagai cara menunjukkan rasa sayangnya terhadap isteri.

"Mencuci, vacum, bersihkan rumah, lap habuk. Saya suka buat kerja-kerja itu. Pada saya, itu menunjukkan rasa kasih sayang saya pada isteri. Sampai sekarang, saya bagi isteri bunga," ujarnya.

Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Suhaila pada 3 Julai 2004. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fazryn, 21, dan Fazrick, 18 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement