Sekilas
- Pelakon Indonesia, Adhisty Zara, mengumumkan perkahwinannya dengan kekasih, Tsaqib, menerusi Instagram dengan penampilan serba putih.
- Foto yang dikongsi menunjukkan baby bump Zara, menimbulkan spekulasi mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
- Pasangan ini dipercayai mula bercinta sejak pertengahan 2024 dan menerima ucapan tahniah daripada netizen.
Pelakon terkenal Indonesia, Adhisty Zara mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan perkahwinannya dengan kekasih hati, Tsaqib.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pasangan tersebut tampil anggun mengenakan busana serba putih dalam sebuah majlis.
"Akhirnya, kami dah boleh berkongsi berita gembira pada semua bahawa selama ini kami menjalani perjalanan ini berdua dan kini memulakan kehidupan baharu bersama," tulisnya
Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sebuah foto yang memperlihatkan baby bump Zara, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Perkongsian tersebut mengundang reaksi netizen dengan rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan berkenaan.
Untuk rekod, Zara dan Tsaqib dipercayai mula menjalinkan hubungan sejak pertengahan tahun 2024.