Skip to main content

Viral

“Tolonglah Bimbing Saya” – Ameera Khan Dedah Ciri Lelaki Idaman, Paling Penting Baik & Kaya

Ameera Khan

Sekilas

  • Ameera Khan berkongsi ciri lelaki idaman yang baik, soleh, mampu membimbing, dan stabil dari segi kewangan.
  • Dia mengutamakan lelaki yang boleh menjaga dan menghormati dirinya serta keluarga terdekat.
  • Ameera menafikan dakwaan sudah ada kekasih baru dan menjelaskan lelaki yang dikaitkan hanyalah rakan biasa.

Personaliti media sosial, Ameera Khan berkongsi ciri-ciri lelaki yang mahu dijadikan pasangan hidupnya. 

 

Menerusi video yang tular, Ameera atau dikenali sebagai LMK mengharapkan seorang lelaki yang bukan sahaja baik, malah mampu membimbingnya ke arah kehidupan yang lebih baik.

 

Menurut Ameera, aspek kestabilan kewangan juga penting kerana baginya seorang lelaki perlu berkemampuan untuk menjaga dan menyediakan keperluan pasangan.

 

“Baik dan kaya. Itu yang paling penting buat saya. Sebab lelaki itu perlu maintain saya. Yang soleh, yang boleh bimbing saya, tolonglah bimbing saya. 

 

“Saya cari seseorang yang boleh bimbing saya. Yang sayang saya dan keluarga. Hormat saya, mommy dan daddy, adik beradik, serta sepupu. Terutama yang rapat dengan saya,” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, Ameera turut menjawab spekulasi warganet mengenai dakwaan dirinya sudah mempunyai kekasih baharu selepas hubungan bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol, dipercayai telah berakhir.

 

Bagaimanapun, Ameera menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan lelaki yang dikaitkan dengannya hanyalah sekadar rakan.

 

“Gosip yang mana satu? Banyak sangat. Itu saing (kawan). Kekasih saya sekarang belum tahu lagi. Saya akan update nanti. Saya belum membuat keputusan,” ujarnya. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

Must-Watch Video

Advertisement