Terima kasih iM4U kerana telah menjemput kami ke malam penghargaan media sekaligus menyaksikan Kingsman: The Golden Circle semalam. Dua jam 20 minit tidak terasa apabila menonton filem yang padat aksi, debaran dan ketawa. Berbeza dengan Kingman: The Secret Service yang terdahulu, ada beberapa watak baru kali ini yang perlu anda beri perhatian. Kingsman: The Golden Circle telah berada di pawagam bermula hari ini dan selamat menonton!
Watak antagonis kali ini merupakan seorang yang periang, suka tersenyum, cantik namun psiko gila. Julianne Moore sebagai Poppy Adams adalah watak jahat yang buatkan penonton geram dan sakit hati disebalik senyumannya. Namun, dia antara penyeri filem ini. Cara-cara dia membuat burger enaknya pasti menarik perhatian anda.
Penyanyi legenda Elton John berlakon dalam filem Kingman: The Golden Circle? Yes! Malahan wataknya benar-benar berjaya membuatkan penonton ketawa sepanjang penampilannya. Dan skripnya, kami yakin 80% daripadanya adalah mencarut.
Penampilannya dalam Kingsman: The Golden Circle boleh dikira dengan jari namun kahadirannya cukup menghiburkan. Tambahan pula, dilakonkan oleh jejaka idaman Channing Tatum, koboi ini membuatkan kita berfikir dua kali tentang tugas sebenarnya.
Pada sesetengah orang, watak Ginger yang dibawakan oleh Halle Berry ini tidak menonjol dan biasa-biasa sahaja namun pada kami, Ginger umpama nadi dalam persatuan Statesman. Walaupun diletakkan sebagai agen tambahan dan hanya bertugas di belakang tabir, kami yakin lama-kelamaan kehebatan Ginger bakal terserlah.
Charlie Hesketh, bekas pelatih Kingsman yang gagal pada Kingman: The Secret Service kembali dalam filem kedua ini. Walaupun dia memberikan beberapa perubahan pada penampilan diri dan jawatan baru, namun perangainya tetap sama seperti dahulu- ego, sombong, berlagak dan anti dengan Eggsy.
1. Poppy Adams (Julianne Moore)

2. Elton John (Elton John)
Penyanyi legenda Elton John berlakon dalam filem Kingman: The Golden Circle? Yes! Malahan wataknya benar-benar berjaya membuatkan penonton ketawa sepanjang penampilannya. Dan skripnya, kami yakin 80% daripadanya adalah mencarut.
3. Tequila (Channing Tatum)
Penampilannya dalam Kingsman: The Golden Circle boleh dikira dengan jari namun kahadirannya cukup menghiburkan. Tambahan pula, dilakonkan oleh jejaka idaman Channing Tatum, koboi ini membuatkan kita berfikir dua kali tentang tugas sebenarnya.
4. Ginger (Halle Berry)
Pada sesetengah orang, watak Ginger yang dibawakan oleh Halle Berry ini tidak menonjol dan biasa-biasa sahaja namun pada kami, Ginger umpama nadi dalam persatuan Statesman. Walaupun diletakkan sebagai agen tambahan dan hanya bertugas di belakang tabir, kami yakin lama-kelamaan kehebatan Ginger bakal terserlah.
5. Charlie Hesketh (Edward Holcroft)