Skip to main content

Market Trends

'Pekak' Raih Dua Anugerah Antarabangsa Sebelum Tayangan Umum

pekak.jpg
Filem terbaru terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures iaitu Pekak mencipta kejayaan selepas menang dua anugerah di peringkat antarabangsa sebelum mula tayangan pada hari ini.

Menurut maklumat produksi Grand Brilliance di Facebook semalam menyatakan pelakon utama filem ini iaitu Zahiril Adzim dipilih sebagai pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik manakala Skrip Terbaik pada International Motivational Film Festival Bridge Of Arts 2016 (IMFF 2016) di Russia yang berlangsung baru-baru ini.

Pencapaian filem arahan Mohd Khairul Azri ini adalah suatu yang membanggakan industri perfileman tempatan selepas ia turut ditayangkan di Cannes, Perancis menerusi Marche du Film 2016 sebelum ini.

Zahiril menerusi Instagramnya turut menyatakan rasa bersyukur dan menghargai sokongan serta ucapan tahniah peminat kepadanya. Dalam filem ini, Zahiril membawa watak sebagai Uda, seorang pemuda yang mengalami cacat pendengaran dan lakonannya juga dibantu Sharifah Amani, Amerul Affendi, Iedil Putra dan Sharifah Sakinah.




 

Must-Watch Video