Antara filem yang dinantikan tahun 2018 ini adalah filem biografi anak Malaysia yang bergelar juara badminton dunia, Lee Chong Wei.
Menerusi laman Facebook rasmi Lee Chong Wei Movie, treler pertama filem ini mengisahkan seorang pemain badminton iaitu Datuk Lee Chong Wei mengubah nasibnya dari seorang budak dari keluarga miskin menjadi pemain handalan bertaraf dunia.
Masih belum mengumumkan bila filem ini bakal menemui penonton di layar perak, ia dijangka akan ditayangkan sekitar suku pertama tahun 2018.
Antara tonggak utama filem ini adalah Datuk Rosyam Nor yang memegang watak sebagai lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang juga merupakan jurulatih kepada Lee Chong Wei.
Datuk Lee Chong Wei turut berkongsi treler pertama ini di akaun twitternya, @LeeChongWei.
First trailer is out. Stay tuned. pic.twitter.com/Df0ibtfJXW
— Dato' Lee Chong Wei (@LeeChongWei) December 21, 2017
Netizen turut sama berkongsi keterujaan mereka menonton treler pertama ini dan tidak sabar untuk ke pawagam untuk menyaksikannya.
Cant wait to see the living legend in action on the silver screen ??
— Saad M Noor (@saadmnoor) December 22, 2017
I am as the Indonesian people very excited and can't wait to watch this movie , the greatest movie to describe the other side of the journey LCW , Legend !!!
— Risang Fitriyanto (@risangfitri) December 22, 2017
Goosebumps! SO excited to watch it! The living legend ♥️?
— Alia (@aaliaimani) December 22, 2017
Omg! I cant wait for it to come out! ?❤️ Living legend ?❤️?❤️?❤️
— An Najwa (@AnAzizan) December 21, 2017