Skip to main content

Hiburan

“Sebagai Adik, Saya Nak Kakak Gembira” - Neelofa Doakan Hubungan Baharu Noor Nabila

Neelofa

Pelakon dan pengacara, Neelofa mendoakan agar kakaknya, Noor Nabila diberikan kebahagiaan serta dipermudahkan urusan dalam hubungan yang sedang dibina ketika ini.

 

Menurut Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, sebagai seorang adik sudah tentu dia mahu yang terbaik buat kakaknya itu.

 

“Mestilah saya sebagai adik semestinya kita nak kakak kita gembira, kita nak yang terbaik untuk dia. Kita nak perkahwinan, rumah tangga dia tu diberkati, berkekalan dan yang baik-baik sahaja,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap Nabila boleh melalui hubungan baru ini dengan sebaiknya.

 

“Saya pun tak tahu dia share ni, saya tak tahu tau. Kita sama-sama doakanlah ya, sebab dia pun dah lalui macam-macam.

 

Dan semoga apa-apa yang dah dia pelajari itu, boleh digunakan dalam perkenalan kali ini. Semoga doa-doa kalian semua bawa kebaikan,” tambahnya lagi.

 

Terdahulu, satu hantaran yang dimuat naik oleh Noor Nabila mencuri tumpuan warganet apabila dia berkongsi foto bersama seorang lelaki berjambang. Gambar tersebut turut memperlihatkan lelaki berkenaan merangkul pinggang Nabila, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

 

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 41, menjelaskan bahawa hubungan yang dibina bersama lelaki dikenali sebagai Mr AA itu adalah serius dan matang. Namun begitu, dia menegaskan mereka masih berada dalam fasa saling mengenali dan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan besar.

 

Dalam hantaran berkenaan, lelaki tersebut dilihat tampil ringkas mengenakan kemeja putih manakala Nabila pula anggun dalam gaun berwarna ungu.

 

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun perkahwinan tersebut berakhir setahun kemudian. Dia kemudiannya berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 sebelum berpisah pada Julai 2020.

 

Nabila seterusnya bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun perkahwinan itu juga tidak bertahan lama dan berakhir pada tahun berikutnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement