Sekilas
- Bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan, kini sah bergelar isteri kepada Rudie Ramli, bekas penyerang pasukan bola sepak Selangor.
- Berita perkahwinan ini dikongsikan oleh pelakon Azah Aziz melalui hantaran di Instagram dan Instastory miliknya.
- Azah turut berkongsi momen menghadiri majlis perkahwinan Hana dan mengesahkan Hana sudah berumah tangga.
Bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan dilaporkan sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga merupakan bekas penyerang pasukan bola sepak Selangor iaitu Rudie Ramli.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon, Azah Aziz menerusi hantaran di Instagram (IG) dan Instastory miliknya.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Azah berkongsi momen dirinya menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya itu yang turut mengesahkan dia kini sudah berumah tangga.
“Ya, saya dah berkahwin,” kongsi Hana.
Azah kemudiannya berseloroh mengatakan perkahwinan rakannya itu bakal menjadi bualan ramai.
"Esok kau (Hana) viral," kata Azah.
Sebelum itu, Azah memuat naik video memberi bayangan mengenai kehadirannya ke sebuah majlis perkahwinan, namun memilih untuk merahsiakan identiti pasangan tersebut.
Sumber: Instagram Azah Aziz