Sekilas
- Video TikTok Zahirah MacWilson bersama dua adik perempuannya menarik perhatian wargamaya dengan pengenalan diri dan usia mereka.
- Wargamaya memuji kecantikan anak-anak pelakon Zainol MacWilson yang dikatakan mempunyai wajah berbeza tetapi tetap menawan.
- Adik Zahirah juga mendapat pujian kerana fasih berbahasa Inggeris dan memiliki suara seperti artis Hollywood.
Video memperlihatkan pelakon Zahirah MacWilson bersama dua orang adik perempuannya yang dimuat naik di TikTok menarik perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian itu, Zahirah dan adik-beradiknya memperkenalkan diri mereka berserta memberitahu usia terkini.
Sebelum itu, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza ini ada memuat naik video bersama adik-adiknya yang dikatakan mempunyai raut wajah berbeza.
“Kenapa kita kelihatan berbeza,” tulis Zahirah.
Rata-rata wargamaya memuji kecantikkan anak-anak perempuan kepada pelakon Zainol MacWilson selain turut teruja mendengar adik Zahirah bercakap dalam bahasa Inggeris.
“Zahirah dah macam Hailey Bieber, kanannya macam Kylie Jenner, kiri macam Zendaya. Memang circle international ek! cantik do'oh!
“Zahirah muka ayah dia, lagi dua muka mak dia. Semua cantik!
“Yang blue shirt, suara dia like hollywood artist. Nama dia… Laikha? Memang semua muka international,” tulis wargamaya.
@zahirahmacwilson_ Babies @Lakes_Lifts ♬ original sound - Zahirah Macwilson