Skip to main content

Selebriti

“Warden Bekas Tentera Di MRSM Tiada Kaitan Dengan Drama Korea Teach You A Lesson” - Dr Asyraf Wajdi

Dr Asyraf Dasuki

Sekilas

  • Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan penempatan warden bekas tentera di MRSM bukan disebabkan drama Korea Teach You A Lesson.
  • Cadangan ini telah dibincangkan sejak 2023 sebagai usaha memperkukuh disiplin dan sahsiah pelajar di MRSM.
  • Projek rintis di dua MRSM sejak Ogos tahun lepas menunjukkan hasil positif, lalu diperluaskan ke semua 58 MRSM di seluruh negara.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan pelaksanaan penempatan warden dalam kalangan bekas anggota tentera di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bukanlah idea yang tercetus susulan populariti drama Korea yang tular ketika ini iaitu Teach You A Lesson seperti yang didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya kata Dr Asyraf, cadangan berkenaan telah lama dibincangkan dan dibangkitkan oleh pelbagai pihak sejak tahun 2023 sebagai salah satu usaha memperkukuhkan aspek disiplin dan pembangunan sahsiah pelajar di MRSM.

“Warden Bekas Tentera di MRSM tiada kaitan dengan drama Korea Teach You A Lesson.

“Cadangan ini sudah lama dibangkitkan banyak pihak sejak 2023,” katanya menerusi hantaran di platform Threads.

Jelas Dr Asyraf lagi, hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik bebas dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati inisiatif berkenaan memberi impak positif sehingga mendorong pelaksanaannya diperluaskan ke semua 58 MRSM di seluruh negara.

“MARA laksana projek rintis di dua MRSM Ogos tahun lepas.

“Diperluaskan ke semua 58 MRSM apabila terbukti berkesan hasil kajian penyelidik bebas daripada UPM,” jelasnya.

Untuk info, difahamkan penjelasan itu dibuat bagi menjawabspekulasi yang mengaitkan pelaksanaan dasar berkenaan dengan pengaruh drama televisyen, sedangkan ia sebenarnya telah melalui proses kajian dan penilaian yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.


 


 

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Must Watch Video

Advertisement