Skip to main content

Hiburan

Wanita Dedah Perangai Sebenar Pelakon Lelaki, Dakwa Guna Kisah Silam Untuk ‘Comeback’ Dalam Industri - “Kau Tu Penagih…”

Lelaki

Sekilas

  • Seorang wanita dedah sikap sebenar seorang pelakon lelaki yang didakwa ganggu seksual sejak kecil tanpa menyebut nama.
  • Wanita itu dakwa pelakon tersebut ada masalah ketagihan, tak bertanggungjawab dalam kerja, dan tinggalkan rakan buat kerja seorang diri.
  • Pelakon juga didakwa masih berhutang wang termasuk hutang rakan dan sewa rumah yang belum dilunaskan sehingga kini.

Seorang wanita mencuri perhatian netizen selepas mendedahkan sifat sebenar seorang pelakon lelaki.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun kenyataan wanita tersebut dipercayai ditujukan kepada pelakon berkenaan selepas mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual sejak kecil.

Dalam perkongsian tersebut, wanita itu mendakwa ibu bapanya pernah dihina dan dilayan dengan kasar, malah bapanya dikatakan hampir dibaling kerusi sehingga menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi dan jatuh sakit.

“Aku akan ingat sampai mati ye siapa yang biadab dengan mak bapak aku, buat mak bapak aku mcm manusia binatang, hina mak bapak aku binatang dan nak baling kerusi dekat bapak aku. Buat mak bapak aku sakit. Bukan mak bapak aku saja, fitnah kawan kawan aku, fitnah aku, dan sebarkan gambar aku tengah tidur. 

“Sekarang kau tengah panas dengan tagline org aniaya kau. Tapi kau lupa org org yg kau aniaya. kau tinggal kawan kau buat keja sendiri, kau game org, kau p mabuk tapi tuduh orang kaki mabuk,” katanya. 

Dalam luahan sama, wanita tersebut turut mendakwa pelakon itu mempunyai masalah ketagihan, bersikap tidak bertanggungjawab dalam pekerjaan, serta meninggalkan rakan untuk menyelesaikan urusan kerja seorang diri.

Dia juga mendakwa pelakon tersebut masih berhutang wang dan sehingga kini gagal melunaskan bayaran, termasuk dakwaan hutang melibatkan rakan serta isu sewaan rumah.

“Kau tu penagih, nak panggil gangster cari aku, belum masuk kau syirik lagi kan, aku kalau kau tak ganggu aku, aku diam je. Sebab kau ni menyemak. Rupanya nak bg hint nak hype. 

“Hutang aku bayar dulu baru kau pikir nak glemer. Belum masuk gambar gbar org send kat aku masa diorg kena pukul 🤣 adoi la. Duit aku bila nak bayar ! Takkan 2026 buat comeback lepas lama kau mampos dengan acah acah asyuk tapi hutang org duit org x bayar? Duit rumah kawan kau bila nak setle?,” tambahnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh wanita berkenaan: 


 

Must-Watch Video

Advertisement