Skip to main content

Selebriti

Wani Kayrie Kongsi Momen Sebak Ketika Cak Cak Cekuk Diumum Mara Ke AJL40 - “Saya Selalu Letak Dalam Diri, Apa-Apa Boleh Jadi Di Saat Saat Akhir”

Wani Kayrie menangis masuk AJL40

Sekilas

  • Wani Kayrie sebak dan menitiskan air mata selepas persembahan lagu Cak Cak Cekuk di separuh akhir AJL40.
  • Dia menerima banyak komen positif namun tidak mahu terlalu yakin kerana apa-apa boleh berlaku di saat akhir pertandingan.
  • Wani berasa terkejut dan bersyukur diberi peluang beraksi di pentas besar bersama nama-nama besar dalam industri.

Penyanyi Wani Kayrie akui dirinya tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sejurus tamat persembahan lagu Cak Cak Cekuk yang disampaikan di pentas separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Menurut Wani, dia menerima banyak komen positif daripada orang ramai mengenai peluang lagunya untuk mara ke final.

Namun pemilik nama Syazwani Abdullah ini tidak mahu terlalu yakin dengan pujian tersebut kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku di saat akhir sesebuah pertandingan.

“Saya menangis sebab sebak, dia bawa satu perasaan dimana saya baca orang kata lagu saya cukup kuat untuk ke final, orang kata 'jangan risau Wani, awak dapat'.

“Tapi saya  tak nak rasa terlalu selesa. Saya selalu letak diri saya, apa-apa boleh jadi di saat-saat akhir.' Sebab itu, selagi saya tak habis menyanyi, saya akan kata saya tetap bertanding, saya tetap gementar.

“Bila tengok muka sendiri dekat skrin tu, saya rasa terkejut. Penilaian juri semua membuatkan saya rasa macam, ya Allah, lagu ini akhirnya layak,” ujarnya.

Wani berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya malam kedua AJL 40 Separuh Akhir (SA), di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada Sabtu.

Dalam pada itu, Wani juga berkata dia sama sekali tidak menyangka akan diberi peluang untuk beraksi di AJL40 dengan nama-nama besar yang lebih berpengalaman.

“Untuk bertanding di pentas yang besar, saya sangat tak sangka. Sebab dalam banyak lagu yang bertanding, lagu saya yang agak rancak.

“Saya rasa sangat kerdil nak letak diri saya dengan semua senior yang lain. Itu yang buatkan saya sebak sebab saya bawa semangat dan harapan orang yang mendoakan persembahan saya,” jelasnya.

Lagu Cak Cak Cekuk merupakan ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh.

Anda mungkin berminat dengan

HAPPY2U Kasut Wanita Axel Cross Jute Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Axel Cross Jute Sandals

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

Retro grey fashion wide leg jeans for women High quality washed casual versatile trousers High waist loose straight pant

Retro grey fashion wide leg jeans for women High quality washed casual versatile trousers High waist loose straight pant

PREMIUM BOOTCUT Jeans Pant for Women's High Quality [Ready Stock] Fast Shipping Size 26-48

PREMIUM BOOTCUT Jeans Pant for Women's High Quality [Ready Stock] Fast Shipping Size 26-48

Wool Socks Extra Thick Men Women Winter Velvet Warm Fleece Socks Soft Casual Socks Cold Resistant Cashmere Socks Medium Length Socks

Wool Socks Extra Thick Men Women Winter Velvet Warm Fleece Socks Soft Casual Socks Cold Resistant Cashmere Socks Medium Length Socks

Must Watch Video

Advertisement