Skip to main content

Viral

Terkandas Di Jeddah Usai Umrah Bersama Keluarga, Jojo: “More Time Here”

Astro Gempak jojo mekah

Sekilas

  • Atlet muay thai negara, Johan Ghazali atau Jojo, terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang ke Malaysia dibatalkan akibat penutupan ruang udara di Asia Barat.
  • Jojo berkongsi perkembangan ini di Instagram Story termasuk emel rasmi pembatalan penerbangan daripada Malaysia Airlines.
  • Walaupun terkandas, Jojo kekal positif dan berdisiplin dengan melakukan aktiviti larian sambil menunggu penerbangan baru pada Ahad.

Atlet muay thai negara, Johan Ghazali atau Jojo memaklumkan dirinya dan keluarga terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang ke Malaysia usai menunaikan umrah dibatalkan.

Jaguh ONE Championship tersebut berkongsi perkembangan terkini menerusi Instagram Story.

Jojo antaranya berkongsi keratan akhbar dan memuat naik keratan tangkap layar emel pemakluman rasmi daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) berhubung status penerbangannya yang telah dibatalkan.

Bagaimanapun Jojo menyifatkan perkara yang berlaku sebagai satu hikmah menerusi perkongsian ringkas.

“Gods plan (perancangan Allah)”, dan “more time here (lebih banyak masa di sini)” tulisnya bersama emoji hati berlatar belakang Masjidil Haram.

Selain itu, Jojo juga dilihat tetap berdisiplin dengan melakukan aktiviti seperti berlari untuk menjaga stamina.

Mengikut perkongsian, Jojo secara tidak langsung memaklumkan dia dan keluarga dijadual pulang semula ke tanah air pada Ahad selepas selesai mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Pembatalan penerbangan berlaku berikutan penutupan ruang udara di beberapa buah negara di Asia Barat susulan konflik peperangan antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran yang memuncak sejak Sabtu.

Anda mungkin berminat dengan

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Must-Watch Video

Advertisement