Sekilas
- Video tular menunjukkan seorang jururawat wanita menyuapkan makanan kepada pesakit lelaki dengan penuh perhatian di hospital.
- Jururawat tersebut teliti membuang tulang ikan sebelum mencampurkan dengan nasi putih untuk pesakitnya.
- Perkongsian itu mendapat pujian ramai netizen yang terharu dengan layanan sabar dan penuh kasih sayang jururawat berkenaan.
Baru-baru ini tular video memaparkan momen meruntun hati memaparkan momen layanan yang diberikan seorang jururawat wanita kepada seorang pesakit lelaki di sebuah hospital.
Menerusi video yang dimuat naik @husnaatazolmua di aplikasi Threads, dapat dilihat jururawat tersebut menyuapkan makanan ke mulut pesakit sambil berdiri di tepi katil.
Lebih mengagumkan, juruawat berkenaan begitu teliti membuang tulang ikan sebelum digaulkan bersama nasi putih.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya sebak serta memuji jururawat itu yang melayan pesakitnya dengan penuh rasa sabar.
“Huhu, mata masuk habuk pula.
“Tak pakai sudu, guna tangan ja suap.
“Ya Allah murahkanlah rezeki jururawat ini dan kurniakanlah dia kesihatan yang baik,” komen netizen.


Sumber: Threads