Skip to main content

Hiburan

Cantik Berbusana Pengantin, Status Sharifah Rose Cetus Tanda Tanya - “Oh Tidak, Itu Hanyalah…”

Sharifah Rose

Sekilas

  • Pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose, dilaporkan telah mendirikan rumah tangga pada pagi Sabtu.
  • Berita perkahwinan ini dikongsikan oleh pereka fesyen terkenal, Seth & Luna, melalui hantaran di Instagram.
  • Identiti jejaka pilihan Sharifah dan butiran lanjut mengenai majlis tidak didedahkan kepada umum.

Perkongsian pereka fesyen terkenal, Seth & Luna mengenai pelakon, Sharifah Rose telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi perkongsian dibuat, Seth & Luna memaklumkan bahawa pemilik nama Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira selamat berkahwin dengan jejaka pilihannya.

“Segala puji bagi Allah. Sekalung tahniah kami ucapkan buat Sharifah Rose yang selamat bergelar isteri kepada cinta hatinya sebentar tadi.

“Kami mengucapkan selamat pengantin baru, semoga bahtera perkahwinan yang baru dibina ini, satu demi satu batu usaha dan cinta yang disusun rapi, bakal menjadi asbab penyatuan kalian di Syurga Firdaus kelak,” kongsinya.

Mereka juga memuat naik gambar Sharifah yang dilihat begitu manis memperagakan busana pengantin.

Walau bagaimanapun, difahamkan hantaran tersebut hanyalah sesi fotografi bagi kempen dipromosikan Sharifah.

Perkara itu disahkan pengurus kepada Sharifah yang dikenali sebagai Yani kepada Mstar.

“Oh tidak, itu hanyalah kempen,” jelasnya.

Kalau benar berita ini, tahniah diucapkan buat Sharifah dan semoga perkahwinannya berkekalan.

Sumber: Instagram, Mstar

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement