Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Bukan Merajuk, Nana Mahazan Sebenarnya...

Astrogempak Nana Mahazan

Sekilas

  • Nana Mahaza menafikan dakwaan tidak menyokong peserta Talk To My Manager 2 selepas mereka tersingkir dan menjelaskan ketidakhadiran disebabkan komitmen kerja dan tanggungjawab harian.
  • Walaupun tidak hadir di lokasi pertandingan, Nana dan Althea tetap mengikuti perkembangan program dari rumah dan memberikan sokongan secara tidak langsung.
  • Althea mengakui sering mengajak ibunya ke studio, tetapi memahami kekangan masa dan tanggungjawab keluarga yang menyukarkan kehadiran mereka.

Bekas bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Nana Mahazan menafikan tidak memberi sokongan kepada peserta yang masih bertanding selepas mereka tersingkir daripada program tersebut.

Menurut Nana, ketidakhadiran mereka bukan berpunca daripada rasa kecewa atau merajuk, sebaliknya disebabkan komitmen kerja dan tanggungjawab harian yang perlu diutamakan.

“Bukan tak sokong. Masa dalam program itu pun, kami balik rumah selepas selesai penggambaran, cuci mekap, solat dan tidur pun sudah pukul 2 pagi.

“Pukul 4 pagi pula sudah kena bangun sebab ada komitmen kerja. Althea pun perlu ke sekolah. Jadi saya rasa tidak wajib untuk saya hadir setiap minggu kerana saya ada tanggungjawab lain yang perlu diutamakan,” katanya kepada Gempak.

Nana berkata, meskipun tidak berada di lokasi pertandingan, dia dan Althea tetap mengikuti perkembangan program berkenaan serta memberikan sokongan dari rumah.

“Kami tengok dari rumah, kami sorak dari rumah. Cuma saya pun tidak sempat tengok sampai habis kerana pukul 10.30 malam saya sudah tidur sebab esoknya perlu bertugas sebagai penyampai radio.

“Tiga minggu itu memang saya hanya tidur dua hingga tiga jam sehari. Jadi memang tiada isu merajuk atau tidak menyokong sesiapa,” ujarnya.

Sementara itu, Althea turut mengakui dia sentiasa mengajak ibunya untuk hadir ke studio, namun memahami kekangan yang dihadapi keluarga mereka.

“Saya memang selalu ajak mummy pergi. Tapi mummy tanya siapa nak ambil lepas habis program lewat malam.

“Esoknya pula saya perlu bangun awal untuk ke sekolah, jadi memang tak sesuai,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement