Skip to main content

Hiburan

Tak Sampai Dua Minggu Dah Nikah! Betul Ke Tempoh Kenal Pasangan Tak Penting?

Kahwin

Ada pasangan bercinta sampai 10 tahun sebelum kahwin. Ada juga yang mengambil masa dua tahun untuk betul-betul yakin. Tapi tak kurang juga yang kenal tak sampai setahun, malah ada yang cuma beberapa minggu, terus mendirikan rumah tangga.

Jadi persoalannya, berapa lama sebenarnya tempoh ‘ideal’ untuk kenal pasangan sebelum melangkah ke fasa seterusnya?

Walau apa pun tempohnya, jodoh dan ajal tetap di tangan Yang Maha Esa. Namun, dari sudut pandang realiti kehidupan, ramai berpendapat tempoh perkenalan tetap penting untuk memastikan kita benar-benar mengenali insan yang bakal menjadi teman hidup.

Gempak cuba mendapatkan pandangan netizen dan rata-rata mempunyai jawapan berbeza.

Ada yang merasakan tempoh setahun sudah memadai untuk memahami latar belakang pasangan, termasuk soal mental dan kewangan.

“At least setahun… mental dan financial background dia pun kau kena ambil kira… tak kira lelaki perempuan,” komen seorang pengguna media sosial.

Menurut mereka, tempoh ini penting supaya kedua-dua pihak benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bukan sekadar ikut perasaan.

Tidak kurang juga yang berpendapat dua tahun adalah tempoh paling ideal.

“2 tahun is enough untuk kenal sebelum kahwin. Dan kalau tiada progres ke arah perkahwinan, then move on. Cari orang lain,” tulis seorang netizen.

Bagi mereka, hubungan tanpa hala tuju yang jelas hanya membuang masa.

Namun, ada juga kisah yang membuktikan tempoh singkat bukan penghalang untuk bahagia.

“Kami sempat kenal lima bulan saja sebelum suami lamar saya jadi isteri. Sampai hari ni kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing.”

“Saya kenal suami dua minggu terus nikah.”

“Saya dengan isteri setahun kenal terus kahwin. Sekarang dah 10 tahun perkahwinan, tiga anak.”

Dalam pada itu, ramai turut menekankan bahawa tempoh bukanlah isu utama, sebaliknya apa yang lebih penting adalah sejauh mana kita benar-benar mengenali hati budi dan sikap sebenar pasangan.

“Kenal dulu hati budi, buruk dan baik perangai pasangan masing-masing. Jangan terus terima kalau belum betul-betul bersedia dengan hakikat berteman hidup dan berumah tangga,” tambah netizen lain. 

Kesimpulannya, tiada tempoh khusus yang boleh dijadikan ukuran mutlak untuk mengenali pasangan sebelum berkahwin. Ada yang memerlukan masa panjang untuk benar-benar yakin, ada juga yang percaya pada rezeki dan keserasian.

Apa pun, yang paling penting adalah kesediaan mental, emosi dan tanggungjawab dalam melayari alam rumah tangga. Perkahwinan bukan sekadar soal berapa lama kita kenal, tetapi sejauh mana kita bersedia untuk berkomitmen seumur hidup.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement