Skip to main content

Hiburan

Tak Jangkakan Kemenangan, Eyra Rahman Tak Tolak Jika Ada ‘Thariq Ridzuwan’ Yang Kedua - “Alhamdulillah, Kalau Ada Rezeki…”

ASTROGEMPAK Eyra Rahman

Sekilas

  • Pengarah Eyra Rahman tidak menjangka drama arahannya, Thariq Ridzuwan: His Treasure, menang anugerah di Gempak Most Wanted 2025.
  • Eyra mengakui banyak calon drama lain yang lebih hebat namun tetap bersyukur dengan kemenangan tersebut.
  • Drama lakonan Meerqeen dan Qasrina Karim ini berpotensi untuk ada musim kedua bergantung kepada keputusan Astro dan produksi.

Pengarah Eyra Rahman mengakui dia tidak menjangkakan drama arahannya iaitu Thariq Ridzuwan: His Treasure akan memenangi anugerah di malam kemuncak Gempak Most Wanted 2025. 

 

Menurut Eyra, banyak calon drama yang lebih hebat daripada karya tersebut namun tetap bersyukur dengan kemenangan tersebut. 

 

“Saya memang tak jangka untuk Thariq Ridzuwan untuk menang. Sebab pada saya, banyak lagi calon-calon drama yang hebat. 

 

“Jadi, pda saya, saya tak jangkakan drama ini untuk dapat anugerah. Tapi apa-apa pun, saya sangat bersyukur dengan izin Allah. Alhamdulillah,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Eyra tidak menolak sekiranya drama Thariq Ridzuwan akan mempunyai musim kedua namun ia bergantung kepada pihak Astro dan produksi. 

 

“Untuk yang nombor dua tu, saya tak ada hak untuk menjawab tu. Pada saya, Alhamdulillah, kalau ada rezeki, sambung nombor dua,.

 

“Yelah, kita pun akan buat, InsyaAllah. Tapi belum ada kata putus la daripada pihak Astro dan juga pihak produksi,” ujarnya lagi. 

 

Drama lakonan Meerqeen dan Qasrina Karim dinobatkan sebagai Drama Paling Tergempak 2025 di GMWA 2025 yang berlangsung baru-baru ini.  

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must-Watch Video

Advertisement