Sekilas
- Aktres Perancis terkenal, Nadia Fares, meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas koma seminggu akibat serangan jantung.
- Anak-anaknya mengesahkan berita kematian itu dan menyifatkan kehilangan ibu mereka sebagai kehilangan besar bagi Perancis.
- Pihak berkuasa tidak menemui sebarang unsur mencurigakan dalam siasatan insiden yang berlaku di Paris.
Seminggu selepas berada dalam keadaan koma, aktres terkenal Perancis, Nadia Fares dilaporkan meninggal dunia.
Berita kematian Fares dikongsikan anaknya, Cylia dan Shana Chasman menerusi kenyataan yang diberikan kepada agensi AFP.
“Perancis telah kehilangan seniman besar tapi kami kehilangan ibu,” tulis kenyataan tersebut.
Fares meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas sebelumnya ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kolam renang pada 11 April di Paris, lapor People.
Media tempatan melaporkan pelakon The Crimson Rivers itu mengalami serangan jantung dan koma sebelum diumumkan meninggal dunia di Pitié-Salpêtrière Hospital pada Jumaat.
Pihak berkuasa tempatan juga sudah menjalankan siasatan mengenai punca insiden namun tidak menemui perkara yang mencurigakan.
Pelakon itu sebelum ini diketahui mempunyai beberapa riwayat penyakit kronik termasuk pernah menjalani pembedahan yang dijalani pada tahun 2007.
Selain itu dia juga pernah menjalani tiga pembedahan berkaitan hati.