Skip to main content

Hiburan

Rody Kristal Bersuara, Sedia Jalin Semula Persahabatan Dengan Lan Namun Tidak Untuk Bergabung - “Aku Hormat Dia Sebagai Kawan Tapi…”

Rody Kristal

Sekilas

  • Gitaris utama Kristal, Rody, menjelaskan dia tidak faham tujuan konsert Kristal OG yang hanya menampilkan Lan Solo sebagai anggota asal.
  • Rody menegaskan dia tidak kisah berkawan dengan Lan tetapi kerjasama dalam konsert adalah mustahil dan meminta Lan hormati perjuangan kumpulan Kristal yang diteruskan olehnya.
  • Rody juga menyatakan Kristal belum bersedia untuk konsert besar kerana masih dalam proses membina legasi dengan lagu ciptaan sendiri dan anggota baru.

Didakwa hanya memberikan respon tidak memberangsangkan ketika dipelawa penyanyi, Lan Solo untuk bekerjasama dalam sebuah konsert yang diberi nama Kristal OG, gitaris utama kumpula Kristal iaitu Rody tampil memberikan kenyataan balas.

Menerusi hantaran di TikTok, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mengakui ada menerima panggilan telefon daripada Lan namun berpedendapat bahawa dia tidak memahami tujuan sebenar konsert tersebut diadakan.

Ujar Rody, barisan anggota asal yang terlibat bagi menjayakan konsert yang bakal diadakan pada 1 Mei nanti hanyalah Lan seorang.

"Memang dia ada hubungi aku, tapi aku tak faham kenapa dia nak buat konsert Kristal OG itu. Apa sebenarnya tujuan dia, sedangkan line-up pun hanya dia seorang saja? Mana perginya Izal dan Ainol? Mereka pun tak join. Jadi, apa yang original di situ?

"Buat konsert sekadar untuk satukan kembali anggota lama, sedangkan dia sendiri sudah keluar dari Kristal dan buat Kristal X," katanya.

Walau bagaimanapun, Rody menjelaskan bahawa dia tidak kisah untuk menjalinkan semula persahabatan bersama Lan namun merasakan adalah mustahil untuk mereka bekerjasama.

Dalam masa yang sama, Rody meminta agar Lan menghormati perjuangannya bersama rakan-rakan lain yang masih memperjuangkan nama Kristal.

"Aku hormat dia sebagai kawan, tapi untuk bekerjasama, aku rasa dah tak boleh. Kalau setakat berkawan, tiada masalah. Periuk masing-masing, masing-masing jaga.

"Tolong hormat aku, hormat Kristal, dan hormat rakan-rakan aku. Sebab Kristal adalah antara band rock yang masih ada jangan matikan usaha aku untuk teruskan legasi band rock Malaysia ini," katanya lagi.

Sementara itu, Rody berpendapat bahawa belum tiba masanya Kristal untuk menganjurkan konsert berskala besar memandangkan mereka hanya mempunyai beberapa album sahaja.

"Tapi bagi aku kalau kristal nak buat konsert macam mana pun, masih belum sampai target Kristal nak buat konsert besar sebab kalau siapa yang mengikut Kristal, diaorang akan tahu bahawa Kristal hanya berapa album saja yang ada lagu sendiri dan seterusnya banyak buat lagu saduran.

"Aku target nak jadikan Kristal satu legasi yang besar macam Wings, Search atau band-band besar lagi yang boleh buat konsert atas nama sendiri, lagu sendiri serta ciptaan sendiri. Itu yang aku nak capai sebenarnya,” ujarnya.

Pada masa sama, Rody menegaskan kumpulan Kristal yang dikendalikan olehnya ketika ini masih meneruskan legasi asal meskipun berlaku pertukaran anggota termasuk penyanyi.
Katanya lagi, kumpulan tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana ditubuhkan oleh bapanya.

Terdahulu, Lan memaklumkan bahawa dia sudah merendahkan ego dengan menghubungi Rody bagi menyuarakan hasrat untuk bekerjasama menjayakan konsert Kristal OG bersama.

Walau bagaimanapun, Lan memaklumkan dia tidak mendapat respon positif daripada Rody sebelum memilih untuk meneruskan konsert tersebut tanpa bekas sahabatnya itu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must-Watch Video

Advertisement