Sekilas
- PU Riz berkongsi ucapan menyentuh hati sempena hari lahir anak sulungnya, Muhammad Bilal, yang mengubah pandangan cintanya sebagai seorang bapa.
- Dia sering memikirkan cara terbaik untuk membimbing Bilal, terutama dalam aspek pendidikan dan mendoakan agar anaknya menjadi insan soleh dan istiqamah.
- PU Riz juga berkongsi kenangan melihat gambar lama Bilal dan menyatakan kesanggupannya menjadi 'Ms Rachel' untuk anaknya walaupun perlu potong jambang dalam video akan datang.
Pendakwah bebas dan pengacara, Haris Ismail memberikan ucapan yang menyentuh hati buat anak sulung, Muhammad Bilal bersempena dengan hari lahirnya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkata kehadiran Bilal telah mengubah pandangan hidupnya tentang makna cinta sebagai seorang bapa.
Malah kata PU Riz, hampir setiap hari dia memikirkan perkara terbaik yang boleh dilakukan buat anaknya, terutamanya dalam aspek pendidikan.
“Syukur pertamanya buat Allah SWT kerana telah kurniakan satu insan yang benar mengubah pandangan cinta saya sebagai seorang bapa.
“Bilal, abah loves you. Hampir setiap hari abah fikir apa lagi yang boleh dibuat untuk anak abah, terutamannya dalam hal pendidikan,” coretnya.
Dalam hantaran yang sama, PU Riz juga turut berkongsi perasaannya apabila melihat kembali gambar-gambar lama Bilal sewaktu kecil.
“2026, Januari Bilal sudah pun cecah usia 4 tahun, semalam melihat balik gambar gambar sewaktu Bilal kecil, masya-Allah, dari wajah yang sempurna hinggalah ke tangan yang gempal, Bilal dan Abbas bertakhta di hati abah sebagai yang utama tiada bandingan.
“Bilal, sekalipun abah terpaksa jadi ‘Ms Rachel’ untuk Bilal nyanyi yang baik, abah sanggup. Cuma tak tahulah orang lain boleh terima ke tak.
“Mungkin untuk next video abah akan trim sikit jambang,” tulisnya.
Sebagai seorang bapa, PU Riz juga tidak lupa menitipkan doa buat Bilal agar membesar sebagai insan soleh yang istiqamah hingga ke akhir hayat.
“Muhammad Bilal, doa abah pada Bilal bersempena dengan hari lahir ini, agar Tuhan kurnia sifat soleh konsisten hingga ke akhirnya,” doanya.
Untuk info, PU Riz mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Neelofa pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.