Skip to main content

Hiburan

“Plot Twist Juga, Saya Tak Pernah Unfollow Sesiapa, Itu Bukan Budaya Saya…” - Fasha Sandha

dfddfg

Pelakon, Fasha Sandha tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung dakwaan kononnya dia tidak lagi mengikuti akaun seseorang di media sosial.

Menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram bersama penyanyi Siti Sairah Tarudin, Fasha dilihat mengajar pengikutnya cara untuk ‘remove followers’ di media sosial tanpa perlu menekan butang unfollow.

Advertisement

 

 “Girl, baru tahu semalam pasal benda ni. Sebab agak terkejut ya, tiba-tiba macam… eh!” katanya.

 

Fasha menjelaskan, dia tidak pernah memadam atau berhenti mengikuti mana-mana individu seperti yang didakwa segelintir pihak di media sosial.

“Saya tak pernah follow sesiapa, itu bukan diri saya. Saya tak pernah unfollow sesiapa pun.

“Tak kisahlah siapa pun, saya tak akan unfollow. Even my ex-husband pun masih follow each other. Kita takkan unfollow, itu bukan budaya saya,” ujarnya.

Menurut pelakon drama Dzikir itu lagi, dia hanya baru mengetahui tentang fungsi ‘remove followers’ di Instagram tersebut daripada salah seorang kakitangannya.

“Semalam baru tahu daripada staff saya. Tak ada motif pun. Sebab itulah saya rasa benda ni kena beritahu orang ramai, biar semua tahu fungsi tu. Kena kongsi knowledge ni.

“Bila diri sendiri yang remove orang, dia nampak macam kita yang unfollow, padahal sebenarnya kita yang remove.

“So macam budaya follow-unfollow ni bukan budaya saya.

“Tapi saya okay je, boleh diibaratkan macam plot twist jugalah. Ha plot twist jugalah.”jelasnya.

Dalam sesi sama, Fasha turut menasihatkan pengikutnya supaya memahami fungsi media sosial dengan lebih baik agar tidak mudah salah faham terhadap tindakan seseorang.

“Kadang-kadang orang boleh salah faham dengan apa yang nampak. Tapi sebenarnya lain. Jadi saya harap perkongsian ni dapat beri ilmu kepada semua tentang ‘remove followers’ tu,” katanya.

Terdahulu, Fasha Sandha didakwa tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik aktres Fazura selepas perkara itu disedari seorang pengguna di aplikasi Threads.

Luahan tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, apatah lagi kedua-duanya sebelum ini dikenali sebagai sahabat baik.

Sebelum ini, Fasha pernah mendakwa menjadi mangsa ugutan peminat Fazura, yang tidak berpuas hati dengan kehadirannya ke majlis tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement