Skip to main content

Hiburan

Pernah Digelar 'Pelakon Kayu', Arena Wan Buktikan Kemampuan Dalam Generasi Perfect 10 - "Saya Menangis Bila Dapat Ujibakat Drama Ini..."

arena wan

Pelakon baharu, Arena Wan mengakui pernah berdepan detik sukar apabila lakonannya suatu ketika dahulu dikritik netizen sebagai ‘kayu’.

 

Advertisement

Arena atau nama sebenarnya Arena Wan berkata, sebagai individu yang sensitif, dia pada mulanya sukar menerima kecaman tersebut sehingga membuatkan dirinya berasa ‘down’.

 

“Mula-mula saya koyak dan rasa down. Saya seorang yang agak sensitif serta sentiasa ambil peduli pandangan orang sekeliling.

 

“Tapi saya mula belajar sesiapa bercakap buruk tentang saya, ia adalah satu teguran supaya saya dapat memperbaiki diri,” katanya.

 

Arena berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas sidang media Generasi: Perfect 10 di ibu kota baru-baru ini.

 

Namun begitu, Arena tetap mengambil setiap komen negatif itu sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki diri.

 

“Saya berterima kasih kepada setiap komen (negatif). Bila lihat komen itu semula saya sangat beremosi kerana kali pertama saya jejak langkah ke industri ini saya tidak tahu apa-apa.

 

“Tapi perkara itu menjadikan saya lebih kuat dan belajar perbaiki lakonan saya dengan menyertai kelas,” ujarnya.

 

Hasil usaha dan kegigihan, Arena akhirnya berjaya membuktikan kemampuan apabila dipilih sebagai pelakon utama dalam drama bersiri terbaharu, Generasi Perfect 10.

 

“Ini adalah karya pertama saya memegang watak utama dan sejujurnya saya menangis apabila berjaya dalam uji bakat untuk drama ini. Sehingga hari ini saya masih tak percaya.

 

“Saya sedar selama ini saya terlalu merendah diri dan sudah tiba masanya untuk tidak negatif,” katanya.

 

Generasi Perfect 10 mengisahkan perjalanan inspirasi sekumpulan gadis remaja yang mengejar impian untuk menjadi atlet gimnastik profesional, sekali gus mengetengahkan cabaran dunia sukan dan kehidupan remaja masa kini.

 

Must-Watch Video