Skip to main content

Hiburan

Perang Bermula! 1.3 Juta ARMY Beratur Rebut Tiket Awal BTS

Astrogempak BTS

Sekilas

  • Peminat BTS atau ARMY sedang beratur panjang di siber kafe sejak awal pagi untuk mendapatkan tiket konsert jelajah BTS World Tour ‘ARIRANG’.
  • Menurut tinjauan, lebih 1.3 juta peminat sedang menunggu giliran membeli tiket secara dalam talian melalui laman web Go Live.
  • Konsert BTS akan berlangsung selama dua hari pada 12 dan 13 Disember di Stadium Nasional TM, Malaysia.

Peminat setia kumpulan K-Pop sensasi, BTS yang dikenali sebagai ARMY kini sedang ‘berperang’ untuk mendapatkan tiket konsert  jelajah BTS World Tour ‘ARIRANG’.

Menerusi tinjauan Gempak, beberapa siber kafe penuh dengan peminat yang cuba mendapatkan tiket awal konsert tersebut.

Menurut salah seorang peminat yang dikenali sebagai Atiqah, dia dan peminat lain sudah berada di siber kafe seawal jam 8 pagi.

“Kami sudah ada dekat sini seawal jam 8 pagi, itu pun sudah penuh.

“Sudah cuba pergi di beberapa tempat juga dan penuh, nasib baik kami sempat sampai sini,” katanya ringkas.  

Malah menerusi laman web Go Live, menunjukkan seramai 1.3 juta peminat sedang beratur menanti peluang untuk membuat pembelian.

Sementara itu, menerusi kemas kini data di Instagram Go Live menunjukkan peminat dari Malaysia memonopoli sistem pembelian tiket. 

Sekadar info,Kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS diumumkan bakal menemui peminat setianya di Malaysia menerusi siri jelajah BTS World Tour ‘ARIRANG’ pada 12 dan 13 Disember tahun ini.

Konsert yang berlangsung selama dua hari itu akan diadakan di Stadium Nasional TM.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement