Skip to main content

Hiburan

Pempengaruh Wanita Taiwan Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel, Namewee Akan Ditahan Bantu Siasatan - KP KL

vvv

Seorang wanita warga Taiwan yang aktif di media sosial berusia 31 tahun ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Ketika kejadian, penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, turut berada dalam bilik sama.

Advertisement

Namewee, kemudiannya ditahan selepas polis mengesyaki dia memiliki dan menggunakan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

"Dalam laporan sebelum ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) terhadap wanita warga asing yang ditemui di Banyan Tree Hotel, di sini, pada 22 Oktober lalu.

"Kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut kes sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada klasifikasi kes ditukar dari SDR kepada siasatan kes bunuh, Namewee akan ditahan dalam masa terdekat.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari 22 Oktober lalu, mangsa Hsieh Yun Hsin, wanita Taiwan yang aktif di media sosial ditemui terbaring dalam tab mandi.

Dia dilaporkan memasuki negara ini pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Iris Hsieh yang aktif di media sosial, memuat naik video terakhir pada 19 Oktober, memaparkan beliau menari dalam pakaian renang bersama lima influencer lain.

Kehadiran di Media Sosia

Pengikut Instagram: Sekitar 540,000

Pengikut TikTok: Sekitar 350,000

Hsieh, juga dikenali sebagai Iris Hsieh atau Dewi Jururawat, terkenal dengan kandungan yang bersifat humor dan provokatif, merangkumi gaya hidup, fesyen, dan jenaka berani.

Iris Hsieh ditemui meninggal dunia dalam tab mandi hotel di Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2025. Pengurusnya menyatakan punca kematian ialah serangan jantung, namun keluarganya meragui kenyataan tersebut memandangkan gaya hidupnya yang sihat.

Beliau berada di Malaysia untuk bekerjasama dengan penyanyi rap dan pembikin filem Malaysia, Namewee, dalam projek video muzik. Namewee dilaporkan berada di hotel dan menghubungi pihak berkuasa apabila Hsieh tidak kembali dari bilik mandi.

Kontroversi Berterusan

Pengurusnya Chris, secara terbuka mempersoalkan percanggahan dalam kenyataan Namewee dan menggesa siasatan lanjut terhadap kematian Hsieh.

Insiden ini mencetuskan perdebatan dalam talian, khususnya mengenai kandungan yang dihasilkan dan kaitannya dengan platform yang kontroversi.

 

Sumber: Berita Harian 

Must-Watch Video

Advertisement