Skip to main content

Hiburan

“Orang Tanya Pasal Susuk, Ini Jawapan Saya” - Sarimah Ibrahim Kongsi Rahsia Kekal Fit, Konsisten Bersenam Sejak 28 Tahun Lalu

Sarimah Ibrahim

Sekilas

  • Che Puan Sarimah berkongsi rutin senaman yang diamalkannya selama hampir 28 tahun untuk kekal anggun dan sihat.
  • Dia menafikan dakwaan menggunakan susuk dan menegaskan konsistensi workout walaupun ketika bercuti.
  • Netizen memuji disiplin Sarimah dan menjadikannya inspirasi kecantikan diri di usia lewat 40-an.

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah tampil berkongsi amalan yang dilakukannya untuk kekal anggun dan jelita.

Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama Sarimah Ibrahim ini menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan dirinya dengan penggunaan susuk sebaliknya hanya konsisten mengamalkan rutin senaman hampir tiga dekad yang lalu.

“Orang tanya pasal susuk. Saya nak jawab bahawa inilah rutin saya semenjak 28 tahun yang lalu.

“Workout, lift and workout untuk 15 ke 20 minit pun okay,” kongsinya.

Tambah Sarimah, dia juga konsisten mengamalkan senaman tersebut meskipun ketika dirinya sedang bercuti demi memastikan kesihatannya terjamin.

“Walaupun tengah bercuti. Bodyweight atau cari gym public, apa sahaja yang perlu.

“Insya-Allah kekal sihat, toned and flexible,” kongsinya lagi.

Perkongsian itu pastinya menjawab persoalan ramai yang tertanya-tanya mengenai rahsia kecergasan Sarimah yang kekal cantik dan menawan di kala usianya sudah mencecah lewat 40-an.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Sarimah yang kekal disiplin malah menjadikannya sebagai inspirasi untuk menjadi kecantikan diri.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Unisex Yonex Skill 6 Badminton Shoe (SKILL6-WTBK) Sport Planet 62-02

Yonex Unisex Yonex Skill 6 Badminton Shoe (SKILL6-WTBK) Sport Planet 62-02

Plus Size Seluar Pendek XS-13XL Seluar Pendek Bola Seluar Pendek Lelaki Cepat Kering Kain Microfibre

Plus Size Seluar Pendek XS-13XL Seluar Pendek Bola Seluar Pendek Lelaki Cepat Kering Kain Microfibre

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Hi.sweetie 🎀 [Ready Stock] 7A Antibacterial Mid Waist Ice Silk Seamless Woman Underwear Yoga Panties Plus Size 85KG

Hi.sweetie 🎀 [Ready Stock] 7A Antibacterial Mid Waist Ice Silk Seamless Woman Underwear Yoga Panties Plus Size 85KG

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Must Watch Video

Advertisement