Skip to main content

Hiburan

Noryn Aziz Puji Komitmen Pelakon, Teruja Sertai Iklan Raya ‘Bila Bersama Lagi Jadi’

Noryn Aziz

Penyanyi, Noryn Aziz berkongsi bahawa pernah berasa sedikit gugup ketika menghadiri sesi uji bakat untuk sebuah naskah arahan Budak Ijat.

Katanya, sesi uji bakat pada ketika itu membuatkan dirinya berasa tidak tentu arah dan pengalaman tersebut membuatkan dia merasakan bidang nyanyian lebih sesuai untuk dirinya.

“Sebenarnya saya pernah dapat tawaran dan audisi dengan pengarah kegemaran saya, Budak Ijat. Saya sangat berminat dengan kreativiti dia. Cerita-cerita dia memang sangat menjadi dan menyentuh hati.

“Pernah ada perbualan kata yang saya minat karya dia dan dia ajak saya untuk berlakon dan nak bagi saya watak. Tapi lepas sampai sana (tempat audition) saya rasa overwhelmed, jadi tak tentu arah.

“Jadi pada saat itu saya rasa lebih baik saya menyanyi sahaja,kerja-kerja berlakon ini kita bagi sahaja kepada mereka yang tahu” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, Noryn turut meluahkan rasa kagum terhadap komitmen para pelakon yang mampu memberikan komitmen tinggi dalam bidang tersebut.

Menurutnya, pelakon bukan sahaja perlu menghafal skrip dengan baik, malah memerlukan kesabaran yang tinggi sepanjang proses penggambaran.

“Saya sebenarnya tabik dengan pelakon-pelakon di luar sana. Dahlah pandai hafal skrip, lepas tu sangat penyabar orangnya. Biasalah kerja meman macam ini lah.

“Dan untuk mereka dapat apa yang mereka perlukan memang kita dah faham sangat dan sangat wow sebenarnya. Dan diberi peluang untuk berada di sini, saya sangat teruja sebenarnya,” ujarnya.

Selain Noryn, iklan Bila Bersama Lagi Jadi arahan Hyrul Anuar turut dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie, Faizal Husien, Bell Ngasri, Sharifah Sahirah, Auddra Zulkifly, Azhan Rani, dan kumpulan Alpha.

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement