Skip to main content

Hiburan

Netizen Pertikai Peratus Lemak Badan Meerqeen, Alicia Amin Tampil Pertahan - “Dia Sudah Melakukan Yang Paling…”

ASTROGEMPAK Alicia Amin

Sekilas

  • Pelakon Meerqeen berkongsi berat badannya 86kg dengan peratusan lemak badan hanya 9%, yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
  • Model Alicia Amin tampil mempertahankan Meerqeen dan menjelaskan bahawa setiap tubuh manusia berbeza, termasuk pengekalan air yang boleh mempengaruhi penampilan.
  • Alicia turut berkongsi pengalaman peribadi tentang bagaimana makanan tinggi minyak, gula, karbohidrat dan natrium boleh menyebabkan perut kembung walaupun kelihatan kurus.

Perkongsian pelakon Meerqeen mengenai berat badannya mencecah 86 dengan peratusan lemak badan hanya sembilan peratus mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

 

Ada yang meluahkan rasa ragu-ragu dan tidak percaya dengan angka tersebut, malah membandingkan penampilan fizikalnya.

 

“Haha serius la body fat 9 macam ni… muka macam body fat lebih 20 saja,” tulis individu di Threads. 

 

Isu itu kemudiannya mendapat perhatian pelakon dan model Alicia Amin yang tampil mempertahankan Meerqeen daripada kecaman netizen.

 

Menurut Alicia, komen segelintir pihak yang mempertikaikan bacaan lemak badan aktor tersebut adalah tidak wajar memandangkan setiap tubuh manusia berbeza.

 

“Cara orang ramai mengulas tentang @meerqeen peratusan lemak badan yang tidak seperti yang dinyatakan dalam carta dia membuatkan saya rasa gila. 

 

“Ada orang yang menahan air di pipi mereka (saya juga), dia bekerja keras, baru habis bulk sebelum cutting, dia sudah melakukan yang paling banyak, mengapa dia nak menipu? Pelik la,” katanya. 

 

Dalam masa sama, Alicia turut berkongsi pengalaman peribadinya berkaitan pemakanan dan kesan pengekalan air dalam badan.

 

Jelasnya, pengambilan makanan tinggi minyak, gula, karbohidrat dan natrium boleh menyebabkan perut mudah kembung meskipun seseorang kelihatan kurus.

 

“Orang ramai memandang rendah betapa banyak minyak, gula, karbohidrat dan natrium mempengaruhi pengekalan air dalam badan kita. 

 

“Apabila saya terpaksa kekal kurus, jika saya berhenti diet dan makan SATU MAGGI, perut saya akan terus rasa kembung serta-merta,” ujarnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement