Skip to main content

Hiburan

Nana Sheme Titip Nasihat Buat Bakal Peserta Big Stage, Adab & Usaha Kunci Kejayaan Dalam Industri - “ Kepada Yang Terpilih, Hargailah…”

Astrogempak NANA

Sekilas

  • Nana Sheme menasihati peserta Big Stage supaya tidak hanya bergantung pada bakat semata-mata untuk berjaya dalam industri seni.
  • Beliau menekankan pentingnya adab, matlamat yang jelas, dan kesungguhan untuk terus belajar dalam membina kerjaya yang berpanjangan.
  • Nana mengakui pengalaman di Big Stage memberi impak besar dalam hidup dan kerjayanya, serta menggalakkan peserta menghargai peluang tersebut.

Penyanyi, Nana Sheme menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang ingin mencuba nasib dalam program realiti nyanyian, Big Stage.

Sebagai alumni Big Stage musim ketiga, Nana menegaskan bahawa bakat semata-mata bukanlah penentu utama kejayaan dalam industri seni.

Menurutnya, aspek seperti adab, matlamat yang jelas serta kesungguhan untuk terus belajar memainkan peranan penting dalam membina kerjaya yang berpanjangan.

“Kepada yang ingin mencuba nasib di Big Stage, talent bukan segalanya. Adab, goals yang jelas, kesungguhan untuk belajar dan mencintai apa yang kita lakukan serta industri ini, insya-Allah akan bawa kita jauh, cepat atau lambat,” kongsinya.

Dalam masa sama, Nana turut mengakui bahawa penyertaannya dalam Big Stage telah memberi impak besar dalam hidupnya, bukan sahaja dari segi kerjaya, malah sebagai individu.

“Big Stage telah memberi kesan yang sangat indah dalam hidup saya. Jadi kepada yang terpilih, hargailah peluang ini dan nikmati setiap perjalanan yang dilalui,” ujarnya. 


 

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Must-Watch Video

Advertisement