Skip to main content

Hiburan

Nafi Rumah Tangga Berantakan, Fikry Ibrahim Pilih Kurang Kongsi Kemesraan Di Media Sosial - “Itu Semua Hanya…”

Fikry Ibrahim

Sekilas

  • Fikry Ibrahim menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah dan menjelaskan mereka jarang berkongsi gambar bersama di media sosial untuk menjaga privasi.
  • Fikry dan isteri memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi mereka walaupun ada spekulasi berkenaan rumah tangga mereka.
  • Isteri Fikry, Siti Khalizah, pernah memfailkan permohonan cerai tetapi menarik balik permohonan tersebut, dan mereka kini masih bersama sejak berkahwin pada Februari lalu.

Pengacara dan pelakon, Fikry Ibrahim memaklumkan rumah tangganya bersama isteri, Siti Khalizah Alihan berada dalam keadaan yang baik sekaligus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perkahwinan mereka berantakan.

Menurut pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim ini, spekulasi tersebut mungkin timbul kerana mereka dilihat jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.

“Itu semua hanya spekulasi (rumah tangga retak). Semuanya kerana kami tidak berkongsi gambar bersama.

“Kalau anda semua boleh lihat, kali terakhir saya berkongsi foto dengan ibu. Adakah kerana itu menunjukkan saya bergaduh dengan ibu saya? Tidak juga.

“Saya dan isteri merasakan lebih baik untuk tidak berkongsi gambar bersama. Saya agak terkejut bila ada lagi khabar angin (kisah rumah tangga) ini. Disebabkan itu saya ketawa saja,” katanya kepada Gempak.

Fikry berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Libang Libu bertempat di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ujar Fikri, dia dan isteri lebih memilih untuk tidak terlalu berkongsi kemesraan di media sosial demi menjaga privasi.

“Sebelum kahwin saya tak pernah berdepan isu seperti ini (kontroversi).

“Selepas kahwin saya masih mengekalkan prinsip sama. Saya tidak suka berkongsi kisah privasi.

“Kalau lihat di media sosial, saya hanya berkongsi tentang ibu. Adik-beradik lain atau arwah bapa pun saya jarang berkongsi,” katanya lagi.

Ditanya mengenai sambutan Aidilftri tahun ini, bekas peserta Lawak Solo ini menjelaskan bahawa dia dan isteri menyambutnya secara berasingan atas komitmen keluarga.

“Isteri beraya di Sarawak. Tahun ini giliran isteri cuma saya kena jaga ibu. Pakcik saya pun tak sihat.

“Jadi saya mengizinkan isteri untuk balik ke Sarawak beraya bersama keluarga.

“Sebelum raya kami beli baju raya sekali jadi tak timbul isu masalah rumah tangga ini,” katanya.

Sekadar info, isteri kepada Fikry iaitu Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mei tahun lalu.

Khalizah kemudiannya menarik semula permohonan cerai sebulan kemudian dan mengakui tindakannya yang memfailkan cerai dibuat dalam keadaan terburu-buru.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah melangsungkan perkahwinan pada 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra, Kedah.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement