Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5) kembali menggegarkan pentas hiburan Malaysia! Astro sekali lagi menampilkan pertandingan komedi paling popular di Malaysia yang telah menjadi fenomena sejak musim pertama. Tahun ini, MLS5 Astro membawa tema baharu penuh epik iaitu “Clash Of Empire”, yang bakal membuka tirai pada 11 Oktober 2025 di Astro Prima (Saluran 105).
Dengan tagline “Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw”, Muzikal Lawak Superstar 5 hadir lebih segar. Setiap kumpulan bukan sekadar menghibur penonton, tetapi tampil sebagai wira empayar agung yang diinspirasikan daripada kuasa legenda dunia seperti Rom, Nusantara, Jepun, China, Perancis, Mesir, dan banyak lagi.
10 Kumpulan Muzikal Lawak Superstar 5
Advertisement
Sebanyak 10 kumpulan empayar lawak bakal berentap, setiap satunya dianggotai tiga bintang merangkumi pelakon, penyanyi, pelawak, serta pempengaruh terkenal. Berikut senarainya:
Kumpulan: SAIKO | ![]() |
Kumpulan: NANAS | ![]() |
Kumpulan: FIONA | ![]() |
Kumpulan: RODA | ![]() |
Kumpulan: JOZON | ![]() |
Kumpulan: GENZI | ![]() |
Kumpulan: KIMBAB | ![]() |
Kumpulan: PUTEH | ![]() |
Kumpulan: BAHYIM | ![]() |
Kumpulan: LOMPAT | ![]() |
Barisan Pengacara & Juri MLS5 Astro
Musim kelima Muzikal Lawak Superstar 2025 masih dikemudi oleh pengacara ikonik, Datuk AC Mizal. Namun, kejutan utama MLS5 terletak pada barisan juri baharu:
- Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) – pengacara versatil tanah air
- Zizan Razak – pelawak & pelakon popular
- Bella Astillah – penyanyi dan pelakon kesayangan ramai
Rombakan ini memberi nafas segar kepada MLS5 sekaligus menjadikan ia lebih relevan dengan dunia hiburan masa kini.