Skip to main content

Filem

Mierul Aiman Terpikat Keseimbangan Aksi, Emosi Dalam ‘TARUNG: Unforgiven’

Astro Gempak 312

Sekilas

  • Mierul Aiman tertarik membintangi filem TARUNG: Unforgiven kerana gabungan elemen aksi seni bela diri dan emosi yang seimbang dalam cerita.
  • Pelakon itu menjalani latihan lakonan dan seni bela diri yang rapi bersama pasukan aksi The Defenders dan pengarah aksi Ubay untuk memperkukuh wataknya sebagai Hatta.
  • Filem aksi ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026 dan menampilkan barisan pelakon popular seperti Azira, Zul Ariffin, dan Aedy Ashraf.

Pelakon Mierul Aiman mengakui tertarik membintangi filem TARUNG: Unforgiven kerana keseimbangan elemen aksi dan emosi yang disifatkan cukup kuat dalam naskhah tersebut.

Menurut Mierul, gabungan seni bela diri dengan penceritaan emosi menjadikan filem berkenaan berbeza daripada karya lain.

“Saya suka berada dalam naskhah ini kerana keseimbangan antara tarikan visual iaitu seni bela diri dan juga emosi yang dibawa. Ia sangat seimbang,” katanya.

Tambahnya, setiap cabaran dalam filem tersebut telah dirancang rapi oleh pihak produksi sebelum penggambaran bermula.

“Persiapan kami sangat kukuh. Kami melalui kelas lakonan yang teliti dari segi binaan watak, hala tuju emosi, penyampaian dialog dan cara untuk kekal dalam karakter,” ujarnya.

Dalam masa sama, Mierul turut menghargai peranan pasukan aksi yang banyak membantu meningkatkan kualiti lakonannya.

“Saya juga ingin mengangkat pasukan aksi saya iaitu The Defenders dan pengarah aksi, Ubay, yang sentiasa menyokong serta mendidik saya tentang seni bela diri silat dari segi teori, asal-usul dan teknikal,” katanya.

Dalam filem tersebut, Mierul membawa watak Hatta, seorang bekas ‘prodigy’ silat yang memiliki bakat luar biasa sejak usia muda.

Menurutnya, kehidupan Hatta berubah apabila kakaknya berada di antara hidup dan mati sehingga memaksa dia berdepan dunia yang paling ditakutinya.

“Hatta seorang yang pendiam dan banyak menyimpan rahsia akibat tragedi silam.

“Ketakutan terbesar dia adalah masa lalunya sendiri dan pertarungan sebenar bukan dengan orang lain, tetapi dengan dirinya sendiri,” katanya.

Filem aksi TARUNG: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain Azira, filem arahan Razaisyam Rashid itu bakal menampilkan gandingan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Bront Palare, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

TARUNG: Unforgiven mengisahkan bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Dia terpaksa bertarung di gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, tanpa menyedari lawan yang menanti ialah orang terdekatnya satu ketika dahulu.

 

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Must Watch Video

Advertisement