Sekilas
- Pasangan selebriti Indonesia, Anang Hermansyah dan Ashanty, selesai menunaikan ibadat haji tahun ini dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.
- Ashanty meluahkan rasa terharu dan kerdil selepas menunaikan haji, termasuk momen mencium Hajar Aswad yang dianggap sebagai bukti kebesaran Allah.
- Mereka turut meraikan ulang tahun perkahwinan ke-15 semasa menunaikan ibadat haji dan berharap ibadah mereka diterima serta mendoakan agar lebih ramai umat Islam mendapat peluang sama.
Pasangan selebriti Indonesia, Anang Hermansyah dan Ashanty merupakan antara jutaan umat Islam yang selesai menunaikan haji pada tahun ini.
Sama seperti jemaah haji yang lain, Ashanty turut berkongsi kisah dan pengalaman menjadi tetamu Allah. Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, penyanyi itu meluahkan rasa terharu dan kerdil selepas hasrat menunaikan haji selama lapan tahun menjadi realiti.
Antara yang diluahkan Ashanty adalah kebimbangan yang merajai hati kerana berasa masih fakir ilmu dan takut tidak dapat melaksanakan ibadat dengan sebaik mungkin.
Namun, saat berada di tengah lautan manusia di sekitar Kaabah, dia memilih untuk berserah diri sepenuhnya dan memeluk impian untuk mencium Hajar Aswad,
"Bahkan momen yang terasa mustahil, mencium Hajar Aswad di tengah lautan manusia, Allah jadikan begitu mudah, menjadi satu dari sekian banyak bukti kebesaran-Nya," tulis Ashanty seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Bagi wanita itu, pengalaman tersebut menjadi bukti nyata dari kebesaran Allah yang meluluhkan segala keraguannya sekaligus mengubah cara pandangnya dalam memaknai hidup dan merasakan kasih sayang Tuhan.
Ashanty mengatakan mengambil pelajaran berharga tentang seberat apa pun rintangan yang dihadapi di dunia, segalanya akan menjadi mungkin jika jalan tersebut telah dimudahkan oleh Tuhan.
Malah dia mengaku sangat emosi sewaktu melaksanakan rukun Islam kelima yang disifatkan tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata kecuali
hanya air mata, doa dan kepasrahan yang diserahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Dirinya juga berharap agar ibadah haji mereka mabrur, serta doa agar saudara-saudara muslim lainnya segera mendapatkan kesempatan yang sama untuk mengunjungi Baitullah.
Ibadat haji Anang dan Ashanty menjadi lebih bermakna kerana mereka turut merayakan ulang tahun ke-15 perkahwinan mereka.