Skip to main content

Hiburan

Kejutan Buat Ammar Ahyan! Aliff Syukri & Nur Shahida Hadiahkan Kereta Mewah Bernilai Lebih RM500,000

Ammar Ayhan

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menyorot perhatian warganet selepas menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan. 

Menerusi hantaran di TikTok, Shahida dan Aliff menghadiahkan Ammar sebuah kereta Porsche 718 Cayman berwarna hitam bagi memudahkan urusan harian Ammar yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah kolej.

“Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Yelah dia pun dah besar, dah ada lesen memandu, senang dia nak pergi balik kolej. 

“Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup. Patut sampai awal kereta ni tapi ada delay sedikit. So mama dengan papa tahu hari ni sampai tapi sebab nak surprise kan Ammar kita rahsiakan,” katanya. 

Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata itu turut berpesan kepada anaknya agar terus merendah diri dan tidak lalai dengan nikmat dunia yang diperolehinya. 


“Nampak dia terkejut gila ya bila nampak kereta baru dia. Insyallah ada rezeki untuk anak anak mama yang lain bila sampai masanya. 

“Untuk Ammar Ahyan mama dengan papa nak pesan, dah ada kereta ni jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat Allah boleh tarik rezeki bila bila masa je jika hambanya tidak bersyukur,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira melihat Ammar mendapat hadiah tersebut. 
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement