Skip to main content

Hiburan

“Kami Semua Manusia Biasa Yang Buat Kesilapan…” - Aisha Retno Jawab ‘Sindiran’ Netizen Soal Stamina

Astrogempak Aisha

Sekilas

  • Aisha Retno jawab kritikan mengenai stamina penyanyi AJL40 yang dikatakan menjejaskan kualiti vokal di pentas separuh akhir.
  • Dia jelaskan keletihan vokal disebabkan jadual persembahan padat terutama musim perayaan, dengan sehingga lima persembahan sehari.
  • Aisha akui keletihan bukan alasan dan terima kritikan secara terbuka sebagai ruang untuk penambahbaikan.

Penyanyi, Aisha Retno tampil menjawab kritikan oleh seorang pengguna Threads yang difahamkan menyentuh mengenai stamina peserta Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) di pentas separuh akhir baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa segelintir penyanyi yang bertanding dilihat kurang bertenaga sehingga menjejaskan kualiti vokal ketika membuat persembahan.

Bagaimanapun, menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, keadaan itu banyak dipengaruhi oleh jadual persembahan yang terlalu padat, khususnya sepanjang musim perayaan.

“Semua penyanyi yang kononnya ‘terlebih rating’ nyanyi pun tercungap-cungap. Tolonglah perbaiki stamina,” tulis pengguna itu.

“Saya rasa awak tulis ini merujuk kepada persembahan separuh akhir AJL40.

“Apa-apa pun, kami sebagai penyanyi mengalami keletihan vokal disebabkan jadual persembahan yang sangat padat musim perayaan ini. Sampai lima persembahan sehari dan sebagainya,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Jodoh Lebaran itu mengakui bahawa faktor keletihan bukan alasan sebaliknya setiap penyanyi tetap perlu bertanggungjawab terhadap kualiti persembahan masing-masing.

Namun begitu, Aisha memilih untuk menerima kritikan tersebut secara terbuka dan menjadikannya sebagai ruang untuk penambahbaikan.

“Walaupun begitu, itu bukan alasan. Hakikatnya, kami semua manusia biasa yang buat kesilapan. Tapi saya ambil positif pandangan awak,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Must-Watch Video

Advertisement