Skip to main content

Hiburan

Kakak Ipar Fahimi Rahmat Bidas Netizen Mulut Celupar Pertikai Wajah Pengantin Perempuan - “Mana Yang Cakap AI Tu…”

gg

Sekilas

  • Nad Hamka mengesahkan majlis perkahwinan adiknya dengan penyanyi Fahimi Rahmat berjalan lancar dan bukan palsu seperti yang dispekulasi.
  • Majlis diadakan secara tertutup dan sederhana, hanya melibatkan ahli keluarga terdekat serta mengekalkan privasi pengantin perempuan dengan menutup wajahnya.
  • Nad meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan pengantin baru tersebut.

Kakak kepada penyanyi Mal Hamka, Nad Hamka meluahkan rasa syukur apabila majlis perkahwinan adiknya bersama penyanyi, Fahimi Rahmat berjalan lancar dan selesai dengan baik.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nad tampil memberi penjelasan susulan pelbagai spekulasi dan komen netizen berhubung majlis berkenaan yang berlangsung secara tertutup.

“Alhamdulillah selesai semuanya. Mana yang cakap AI tu, maaf cakap, ini betul-betul bukan cubaan,” katanya.

Dalam masa sama, Nad turut meminta orang ramai agar mendoakan perkara yang baik-baik buat pasangan pengantin dan menghormati privasi keluarga, termasuk keputusan menutup wajah pengantin perempuan.

“Mana yang mengata itu, lebih baik korang mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua. Mana yang cakap kenapa tutup muka pengantin perempuan, itu privasi seseorang, jadi kita kena hormat keluarga,” ujarnya.

Tambah Nad, majlis berkenaan diadakan secara sederhana dan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat.

“Kita tak besar pun. Selamat datang Fahimi,” katanya lagi.

Terdahulu, penyanyi Fahimi Rahmat selamat bergelar suami kepada adik kepada Mal Hamka, iaitu Bella Hamka dengan sekali lafaz.

Difahamkan, pasangan tersebut disatukan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Must-Watch Video

Advertisement